Wednesday, April 6, 2011

Syukur...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mempunyai segalanya.

Lebih kurang pada pukul 3.30 petang tadi, akhirnya saya tiba di Bumi Mesir yang akan menjadi pemerhati hidup saya selama 5 tahun ini, insyaAllah. Perjalanan bermula pada pukul 9.45 malam, bertolak dari rumah, cuma ambil masa 45 minit ke KLIA. Perjalanan yang agak panjang kami penuhi dengan borak2 berisi dan kosong. Mak, abah dan Abang Mi yang menemani.

Tiba di KLIA pada pukul 10.30 malam. Ingatkan pukul 11 nanti ada perjumpaan, rupanya sampai pukul 12 pun, orang yang ditunggu tak muncul2. Kawan2 pun ramai yang dah tiba di sana. Alhamdulillah, lebih kurang 1 pagi, tiket diberi dan pasport bertukar tangan. Hati pun makin berdebar tanda masa bersama keluarga makin suntuk.

Nak tunggu 3 pagi amat lama rasanya. Mata dah kuyu. Tapi terpaksa tahan juga sebab masa untuk masuk 'flight' belum tiba lagi. Kawan2 lain pun rasa mengantuk juga. tak sabar rasanya nak masuk kapal terbang dan terus lelapkan mata. Kesian juga mak abah dan AbangMi yang akan bekerja esok bermula pada pukul 8 pagi. Semoga saya dapat balas jasa mereka dengan keputusan mumtaz dalam setiap peperiksaan. Amin, amin, amin.

Penantian berakhir dan penerbangan dimulakan dengan doa safar. Kemudian, kami diberi sekeping sampul yang berisi 'freshtowel'. Saya ambil dan terus tidur. Beberapa jam atau minit kemudian, kami diberi makanan, saya tak tahu makanan itu dikira 'supper' atau 'breakfast'. Apapun makanan dah diberi,saya pun makan dengan seleranya.

Tiba di Kuwait beberapa minit awal dari masa yang tertulis iaitu jam 0622. Alhamdulillah, tapi masa itu hari sudah cerah seperti jam 8 pagi di Malaysia. Ada juga ternampak pelajar dari negeri Johor dan lain2 dalam penerbangan yang sama. Oleh sebab kehausan, saya mengajak kawan untuk membeli air. Kami terpinga2 di kedai itu. Tak tahu berapa kadar perbezaan wang di Kuwait dengan Mesir atau Dolar. Saya tukar duit geneih(LE) kepada dinar Kuwait(KWD). Nilai KWD sangat tinggi berbanding dua matawang ini, USD dan LE.

USD 1 = KWD 0.250
LE 100 = KWD 4.550

Nilai ini pada masa 'post' ini tertulis.
Saya isi masa dengan makan, baca buku dan tidur sejam, hinggalah pada pukul 11.30 pagi waktu Kuwait, kami dipanggil untuk masuk balai menunggu. Jam 1200 kami dibenarkan masuk cabin bagi 'economy class'. Alhamdulillah, akhirnya...

Transit di Kuwait memberi pengalaman berharga kepada kami mengenal budaya rakyatnya. Bahasa pasar yang digunakan pun agak berlainan dengan Mesir.

bawah = tahta(Mesir) = tahat(Kuwait)

Pekerja kedai di 'airport' pula kebanyakannya seperti bukan warganegara itu, nampaknya seperti dari Filipina atau Thailand.

Satu perkara yang saya kagum dalam kapal terbang Kuwair Airways ialah kemudahan TV bagi setiap orang. Kapal terbang pertama dan terakhir yang saya naik ada Tv ialah Japan Airlines. Jadi saya anggap 'flight' yang ada TV ini setanding dengan Jepun. Pramugara dan pramugarinya pun baik2 belaka. Tapi ada juga yang kurang sikit. Tak apa, mmungkin memang sifat dia begitu. Nak buat macammana kan.

Setibanya di MESIR pada jam 1345, kami menaiki bas yang membawa penumpang dari kapal terbang ke bangunan 'airport'. Tempat mendarat kapal terbang adalah di mator lama. Kami ambil masa yang agak lama untuk menunggu beg kargo kami yang harus diambil sendiri dari mesin bergerak beg. Ramai yang mengerumuni tempat tersebut. alhamdulillah kami berada agak berdekatan mesin tersebut, jadi mudahlah bagi kami melihat dan mengambil beg tersebut. Setelah semua sahabat lain selesai mengambil barang masing2, kami bergerak keluar dan sahabat yang telah sampai awal di Mesir menyambut kami, antaranya Kak Nad dan Kak Farah.

Masjid atau musolla dicari untuk menunaikan solat yang belum sempat terlaksana, jam sudah menunjukkan 3 petang. Kami bergegas ke musolla yang tak deketahui arahnya. Setelah bertanya pekerja di situ, kami segera ke sana dan berwuduk. Tiba2 azan berkumandang tanda masuknya solat fardu Asar bagi kawasan Kaherah dan kawasan sekitar yang sama waktu dengannya..(macam dalam radio pula)..Jam di tangan menunjukkan pukul 3.30 petang. Oh, rupa-rupanya masih awal waktu solat di Mesir. Selalunya pada waktu musim sejuk waktu solat makin awal. Ini bermakna musim sejuk belum berakhir.

Mata masih mengikut jam Malaysia. jadi pada pukul 6 petang saya dah bersa mengantuk, kerana pada waktu ini Malaysia sudah pun pukul 12 tengah malam. Alangkah indahnya tidur di kala mengantuk.

Bersambunglah kehidupanku di Mesir hari ini.

--> Usaha tangga kejayaan.

No comments:

Post a Comment