Monday, March 28, 2011

KepadaNya Kita Kembali




Hari tu, kita semua bergembira sama-sama. Makan sama-sama. Main sama-sama. Semuanyalah sama-sama. Tapi pernah tak terfikir antara kita siapa yang akan pergi dulu. Dah hampir 5 tahun kita di bawah satu bumbung, tapi saya tak tahu yang awak akan pergi dulu sebelum saya. Awak pergi buat selama-lamanya. Tak sangka...Allah yang ambil awak dulu.

Awak sakit2 belakang, masa tu cuti sekolah dah dekat. Kawan2 cuba tolong awak, urut2 awak, beri semangat kepada awak. Cuti sekolah memisahkan kita semua. Tiba2, kami dapat berita awak dah di hospital. Badan awak rasa kebas2...

Saya dan kawan2 cuma mampu doakan awak dari jauh. Sampailah waktu peperiksaan, awak tak dapat jawab periksa dengan kami semua,Tapi kami tahu dan agak, awak mesti dapat jawab semua soalan, sebab awak antara pelajar bijak di sekolah. Sayangnya kami pada awak, hebat lagi sayang Allah paada awak. Kami terima. Awaklah sahabat kami yang akan kami doakan selalu. InsyaAllah...

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan limpah kurniaNya yang maha Luas. Allah...

Saya bukan sengaja nak mengenang detik ini, tapi saya terpanggil menulisnya sebab semalam mak dan ayah saya dikejutkan dengan berita kematian suami kepada salah seorang guru di Putrajaya ini. Abah kata, dia sakit sebelum ni, tak sempat abah pergi ziarah, innalillahi wa inna ilaihi raaji'un. Dia dah pergi.

Itulah kehidupan. Selepas tamatnya hidup di DUNIA, ALAM BARZAKH pula menanti. Itulah hidup yang sebenarnya. Sebagai manusia, mati tak lari ke mana2. Bila dah sampai waktunya, tak cepat dan tak lambat walau sesaat.

"Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati"

---->Taubatlah sebelum terlambat.

Friday, March 25, 2011

ALLAH MAHA TAHU

Pada bulan Februari lepas,saya telah mengikuti satu program, namanya RUC. Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi AJK program motivasi, tetapi mungkin pengalaman ke entah berapa kali saya menjadi pesertanya. Saya sangat seronok menyertai program ini. Perasaan gembira tak terkata disertai syukur kepada Allah tak terhingga dalam hati ini kerana tak pernah terbayang dapat merealisasikan impian saya yang terselit di satu sudut hati ini. Saya diajak oleh sahabat untuk menyertai program motivasi ini sebagai urusetia. Pada asalnya tak tahu pun ini program apa sebenarnya. Tapi setelah menyertainya, Alhamdulillah banyak input yang diperoleh melalui program ini. Nanti saya ceritakan aturcara dan kesimpulan program ini (ikut apa yang saya ingat je lah ye).

Saya teringat satu hadis yang dipelajari dulu. Hadis Nabi SAW memang tak boleh disangkal kesahihannya. Manusia ini sangat lemah sehinggakan diri sendiri tak tahu apa yang akan berlaku kepada dirinya selepas sesaat pun. Rasulullah SAW pernah bersabda:”Masya Allahu kana, wa ma lam yasyak lam yakun” yang bermaksud “apa yang Allah kehendaki akan berlaku, dan apa yang Allah tak nak ia berlaku, takkan berlaku”. Walau macamanapun kita nak, tapi Tuan kita yakni Allah tak nak, maka tak berlakulah sesuatu itu. Tetapi baik dan buruk macamanapun perkara itu berlaku ke atas kita, terimalah dengan berlapang dada kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya dan Dia Maha Tahu itulah yang terbaik untuk kita dan di situ terselit segala hikmah2nya, cuma kita je yang tak tahu apa dia hikmahnya.

Untuk lebih faham, saya beri contoh. Contohnya, Si A ni pandai dalam pelajaran, setiap kali ujian pasti straight A yang diperoleh. Tapi sampai masa peperiksaan awam yang sebenar (UPSR/PMR/SPM), dia tak dapat straight A, mungkin 2@3 subjek tak dapat A. Memanglah sedih tak terhingga, tapi rupanya Allah nak bagi dia kejayaan yang lebih besar dalam peperiksaaan akan datang atau jadi pelajar terbaik sekolah ataupun kerja yang hebat. Kan lebih besar anugerah yang Allah bagi tu.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman:

32. Mereka menjawab, “Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." (Al-Baqarah:32)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Thursday, March 10, 2011

LaNgKaH PeRtAmA...




Pepatah Inggeris ada mengatakan:
"A long journey starts with the first step"

Jadi, saya berharap langkah hari ini membawa makna yang sangat bermakna untuk semua terutamanya diri saya sendiri pada masa hadapan.

Saya nak kongsi banyak cerita dengan sahabat2. Tapi mungkin banyak kekangan contohnya masa, jarak yang jauh dan sebagainya. Jadi, bila tinggal seorang diri di rumah, mulalah terbayang di fikiran nak buat sesuatu yang boleh buat saya ceritakan apa yang saya tahu pada sahabat2. Kiranya macam sharing2 la kan. Macam adik-beradik. Itulah sebabnya saya merasa untuk terjun dalam bidang penulisan cara ini.

Tapi yang menjadi masalahnya saya tak suka nak fikir nama blog ini, puas otak berligat mencari nama yang sesuai, akhirnya tercetus juga idea untuk menamakan blog ini sebagai 'Jelajah Sana Sini' daripada kotak fikiran ini. Alhamdulillah ada pun nama.

Saya harap blog ini dapat memuatkan kisah pengembaraan saya tak kiralah yang sedih ke gembira ke, supaya saya dapat 'share' pengalaman hidup saya dengan sahabat2 yang mungkin pengalaman yang sama, boleh dikenang kembali, dan mungkin juga ada yang berbeza, sedikit sebanyak dapat memberi idea untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia yang sementara ini. Percaya tak sahabat2 Dunia ini sementara je? Macam bateri, ada jangka hayat dia. Kita ini pun Allah yang pinjamkan setiap anggota agar kita hidup. Tak lama lagi Allah ambillah semula kepunyaan dia. Betul tak?

Jadi, sebelum mata tertutup rapat menyambut seruanNya, apakata kita sama2 beramal soleh agar Tuan kita (kita ini kan hambaNya) sayangkan kita sebab kita rajin bekerja untuk Dia. Kan3x...Ala, macam boslah kan, mesti Bos suka kan kalau pekerja rajin..Haa, mesti mengangguk2 bos kat luar sana.(Apa pula cerita bos2 ni..x faham)

Kepada yang sedang membaca ni, saya harap senang dengan segala kata2 yang tercalit di atas skrin ini ye, tak kira hari ini, esok atau pun bila2. Terima kasih kerana membaca!

Pengembaraan baru bermula! Jom sama2 dengan saya!

Kata hikmah hari ini: Jauh perjalanan luas pemandangan.