Sunday, August 21, 2011

Didik Jiwa...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran yang setinggi2nya kepada Allah SWT dengan rahmatNya dan kasihNya kita masih dihidupkan dan dibenarkan untuk terus beribadah kepada Al-Khaliq terutamanya 10 hari terakhir Ramadan...yang mana Allah janjikan di dalamnya Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, malah 10 hari terakhir Ramadan ini juga merupakan 10 hari yang terbaik pada setiap tahun, yang Allah hadiahkan kepada hambaNya. Tiada galang gantinya kalau kita kehilangan malam2 ini, sebab tak mungkin malam2 akan datang akan berulang seperti mana tahun ini. Suasana berbeza, tempat berbeza, tarikh berbeza, orang di sekeliling berbeza dan macam2 lagi. Dan seperkara yang takkan boleh kita lupa ialah adakah kita masih berada di atas bumi ataupun di bawah bumi pada Ramadan akan datang. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada pada hari ini selagi mana masih ada kudrat dan tenaga untuk menyerlahkan tanda ubudiyah kita dan kecintaan kepadaNYA.

Minta maaf atas sepeninggalan saya yang agak lamadari penulisan blog saya ni. Pada mulanya saya ingin berhenti sementara menulis pada Bulan Ramadan. Seboleh2nya nak tumpukan sepenuhnya hati ini pada Al-Quran, Kalamullah, yang apabila kita membacanya pahala berganda2 ddalam buku amalan kita. Bezanya dengan kitab atau buku lain, yang bila kita baca, tidak diberi pahala melainkan dengan niat ibadah.

Allah turunkan Al-Quran sebagai peringatan kepada hambaNya dan juga sebagai panduan hidup yang yang dipelihara Allah hingga Hari Kiamat kelak. Rasulullah bersabda dalam hadis baginda SAW, mafhumnya setiap huruf daripada Al-Quran itu akan diberi ganjaran pahala dengan 10 kebaikan.

Maka beruntunglah sesiapa yang dapat mengkhatamkan Al-Quran dengan menjaga adab dan tajwidnya dengan sebanyak2nya di bulan Ramadan. Pada bulan mulia, sekurang2nya Al-Quran mesti dikhatamkan sekali. Dan mustahil sesiapa yang kata masa tidak ada untuk baca Al-Quran. Kenapa saya kata begitu? Kerana sebagai hamba Allah, perkara utama yang mesti kita kejar di dunia ini, ialah ibadah, kerana Allah ialah tujuan kita, bukan? Jadi, kita sepatutnya ambil apa2 cara sekalipun untuk sampai kepadaNya. Salah satu aktiviti ringan yang tak perlu kos besar dan tenaga untuk menjalankannya dan dalam masa yang sama pahala berlipat ganda, adalah membaca Al-Quran dan berzikir. Cuma ia perlukan sedikit pengorbanan masa.

Apa yang saya katakan ini adalah dalam konteks sebagai seorang pelajar dan remaja. Saya tidak berpengalaman dalam kerjaya, jadi tak dapat membayangkan pengurusan masa sebagai seorang pekerja. Tetapi sebenanya kitalah yang sepatutnya mencari masa untuk ibadah2 kita seharian. Malam adalaha masa terbaik khusus untuk ibadah kepada Allah, kerana siang kita disibukkan dengan urusan dunia. Maka, ambillah kesempatan malammu khas untuk Yang Maha Esa..kerana pengakhiran kita nanti sama ada di syurga (amin..) atau neraka (nauzubillah...)bukanlah disebabkan amalan kita yang banyak atau sedikit, tapi adalah kerana rahmat Allah Taala sahajalah yang membantu kita nanti.

Sucikan hati setiap hari dengan mengingatiNya, kerana hati adalah raja, manakala anggota badan adalah askarnya. Tanpa raja yang baik, pasukan askar yang kuat tak dapat dibangunkan. Tanpa hati yang terdidik dengan akidah Islamiyyah yang sebenar, anggota badan tak mampu beramal dengan sebai2nya, kerana asasnya belum mantap.

Peliharalah hatimu, kerana di situ titik pandangan Allah pada seorang hamba.

Allahua'lam...

Saturday, August 6, 2011

Sedarlah wahai wanita sekalian...

Sebagai seorang wanita muslimah, maruah diri adalah perkara yang paling penting untuk dijaga dan dititik beratkan. Kehormatan diri adalah perkara paling utama bagi diri setiap wanita, hattakan sebenarnya bukan Islam juga digalakkan untuk menjaga diri mereka.

Islam telah menaikkan darjat wanita ke tahap yang tinggi, malah lebih tinggi daripada seorang lelaki, apabila Islam menyuruh kita berbakti kepada ibu sebanyak 3kali, selepasnya barulah bapa yang disuruh untuk dipatuhi. Tetapi ini bukanlah bermakna wanita boleh mengatasi lelaki dalam semua bidang. Ada sesetengah perkara lelaki lebih diutamakan seperti dalam pusaka, tenaga dan sebagainya kerana merekalah yang akan bertanggungjawab dalam menjaga para wanitaseperti ibu mereka, isteri, anak perempuan, serta saudara perempuan yang lain.

Di sini disenaraikan ciri2 wanita muslimah yang dimuatkan dalam kitab Syakhsiatul Maratil Muslimah, iaitu:

1-Mukminah yang terjaga
2-Tekun beribadah
3-Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam
4-Terkadang menunaikan solat berjemaah di masjid
5-Menunaikan solat hari raya
6-Menunaikan solat sunat rawatib dan solat sunat lain
7-Membaguskan perlaksanaan solat
8-Menunaikan zakat harta
9-Puasa Ramadan dan Qiamullail
10-Melaksanakan puasa2 sunat
11-Menunaikan haji dan umrah
12-Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
13-Istiqamah dengan hijab syar’ie
14-Tidak berhubung bebas dengan lelaki
15-Tidak berjabat tangan dengan lelaki ajnabi
16-Tidak bermasuk seorang diri
17-Redha terhadap taqdir Ilahi
18-Bertaubat kepada Allah
19-Bertanggungjawab terhadap keluarganya
20-Tujuan hidupnya adalah keredhaan Allah
21-Mewujudkan makna ubudiyah kepada Allah
22-Memperjuangkan agama Allah
23-Merasai izzah (kemuliaan)dengan keperibadiannya dan agamanya
24-Kesetiaan hanya untuk Allah semata
25-Amar makrug nahhi mungkar
26-Banyak membaca Al-Quran

Muasofat2 di atas cuma beberapa ciri muslimah yang tercatat di atas sebuah kitab yang bolah dijadikan panduan oleh sahabiyah 2sekalian, sedangkan sebenarnya banyak lagi ciri2 yang harus dipatuhi dan diamalkan oelh para wanita muslimah mukminah.

Muhasabahlah diri kita sendiri, adakah ciri2 di atas terselit dan terpahat di dalam diri masing2? Ketahuilah kalian bahawa sebaik-baik perhiasan dunia adalah WANITA SOLEHAH. Taknak jadi permata dunia yang paling cantik? Dialah wanita yang paling menjaga tatasusila dan maruah dirinya daripada terpalit sedikitpun lumpur maksiat yang hina lagi terkutuk. Nauzubillah min zalik.

Wallahu a'lam.