Friday, January 28, 2011

Hari Jumaat Pertama-Krisis di Mesir

Assalamualaikum pembuka bicara,
Senyum dan sapa untuk semua,
Hari yang mulia disambut gembira,
Bersyukur tak terkira kepada Yang Esa.

Emm, hari ni hari Jumaat..sepatutnya saya dan sahabat2 lain akan pergi ke Masjid Salam untuk solat jumaat yg mana di Malaysia Negara tercinta x ada biah camni. Tapi hari ni kami x pergi dek keriuhan yg berlaku di sekitar Mesir terutamanya Tahrir. Tapi kami takut kalau rusuhan ini merebak di Abul Azaim, imarah kami. Cerita tentang rusuhan ini dah tersebar ke semua tempat, tak kira melalui media massa rasmi mahupun tak rasmi (cthnya:suara2 sahabat2 di sekitar Mesir).

Belum sempat saya dan sahabat2 memberi salam ke kiri semasa kami solat Zohor berjemaah, terdengar suara orang terpekik terlolong di luar sana. Suara mereka sangat hampir rasanya seperti di sebelah telinga saja. Tak dapat dibayangkan betapa berdebarnya kami pada masa itu, rasa macam berada di Palestin. Kami berlari ke tingkap untuk melihat apa yang terjadi. Dari jauh, kami nampak sekumpulan penduduk Mesir masing2 membawa kayu ataupun besi sambil menjerit2 “I3zil ya Mubarak” yang membawa maksud “turunlah wahai Mubarak”. Itulah kata2 yang dapat saya tangkap daripada suara2 mereka.

Memang suatu perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ini apabila terjadinya rusuhan ini. Macam2 perasaan bercampur baur, ada takut, bimbang, terkejut, seronok pun kadang2 pernah terlintas di fikiran. Pelik tak?

Yalah, cuba bayangkan, kita sekarang di zaman millennium, bak kata orang sekarang. Tapi masih lagi berlaku darurat yang mana pernah kita belajar dalam Sejarah Tingkatan 4, kalau tak silap. Darurat, perintah berkurung, tunjuk perasaan, kematian, kecederaan, Dasar Ekonomi Baru..eh eh..bukan2. Dasar Ekonomi Baru tadi cuma gurauan ye.

Dan hari ini bermulalah perintah berkurung yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Mesir yang bermula pada pukul 6 petang hingga 7 pagi. Kemudian bertukar daripada pukul 5 petang hingga 8 pagi. Kemudian bertukar lagi dari pukul 6 petang hingga 6 pagi kalau tak silap. Bertukar lagi dan bertukar lagi.

Pengalaman yang sangat tak menyeronokkan adalah apabila terpaksa terperap dalam rumah@bilik. Wah, tak sanggup rasanya berterusan macam ini. Betullah kata masal Arab:”al3aklus salim fil jismis salim” bermaksud “akal yang cerdas daripada tubuh badan yang cergas”. Walaupun jasad yang terperangkap, tapi rasanya macam otak pun sengal2 juga tak boleh bebas merayau di luar sana.

Pada tempoh masa ini, ibu bapa masing2 terpaksa memperuntukkan duit untuk telefon kami di Mesir. Tak tahulah berapa banyak yang dibelanjakan untuk telefon luar negara, kalau dari Malaysia. Tapi setahu saya telefon Malaysia dari Mesir, bayarannya RM4/minit dan RM0.80/sms. Mahal kan…

Kami cuma tahu keadaan Mesir melalui ibu bapa yang menelefon dan juga televisyen. Sistem perhubungan tak kira telefon ke, sms ke, Internet dll semuanya disekat sementara, untuk mengelakkan daripada maklumat mengenai rusuhan tersebar. Alhamdulillah, pada hari ketiga dan seterusnya , sistem dibuka semula tetapi kadang2 tak dapat digunakan.

Salah satu kesan buruk daripada rusuhan ini adalah berhentinya pengajian di Jami3 Azhar. Yelah, semua rakyat Mesir diperintahkan untuk tidak keluar agar tidak tergolong dalam rusuhan. Keselamatan amat dititikberatkan pada masa ini. Mana taknya, setiap masa ada saja panggilan dari Badan Kebajikan Negeri masing2 yang menelefon wakil pelajar untuk memastikan pelajar selamat di sini. Jadi, terpaksalah duduk di rumah, siapa yang proaktif dapat gunakan masa dengan sebaiknya untuk belajar atau menghafal Al-Quran, membaca buku2 dan melatih istima’ pun boleh juga dengan menonton TV. Dan siapa yang tak rasa masa tu berharga dia gunakan dengan ‘melakar peta di atas bantal’?!

Selain itu, keadaan negara akan jadi huru-hara. Ada berita kecederaan dan kematian di sana sini. Si bapa meninggalkan anaknya yatim. Si suami meninggalkan isterinya balu. Si anak meninggalkan ibunya berduka dan sebagainya.

Rusuhan berterusan di luar tanpa ada tanda2 akan berhenti sehinggalah kami dipanggil ke lapangan terbang@mator oleh pihak pengurusan pelajar Malaysia di Mesir, untuk dibawa pulang ke Malaysia. Saat yang amat2 ditunggu pada masa ini.

Pelbagai pengalaman yang diperoleh sepanjang perjalanan dari mula rusuhan sehinggalah tiba di Malaysia. Segalanya tercatat dalam memori, insyaAllah sehingga akhir hayat kerana ia sebuah sejarah yang telah terukir kemas di dalam akal, dan tidak mampu dipadam oleh sesiapa kecuali pemilik akal sendiri, iaitu ALLAH SWT.

Setiap yang menimpa sama ada suka mahupun duka di sampingnya terselit sebuah hikmah yang begitu berharga dariNya. Cuma kita nampak atau tidak sahaja yang membezakan. Terimalah dan redalah dengan segala yang berlaku wahai sahabatku, kerana Allah itu Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang sangat lemah ini.

Wallahu a’lam.

Tuesday, January 4, 2011

Merantau Jauh Mencari Ilmu 2

Sambungan…

Menceritakan pengalaman manis di sini terlalu banyak untuk dikatakan. Yang sepatutnya dirasakan pahit, masin atau hanyir pun boleh dikira kenangan manis kerana kita habiskan masa itu dengan sahabat2 dan dikira sebagai pengalaman baru sebagai musafir di jalanan panjang.

Antaranya pengalaman semasa berada di souq (pasar). Waktu itu adalah pertama kali kami ke pasar. Bermuamalah dengan orang Arab sudah pasti. Di sinilah kami mempraktiskan dan belajar perkataan baru dalam Bahasa Ammi Mesir. Untuk pengetahuan sahabat2, Bahasa Arab yang kita belajar di sekolah dahulu sepenuhnya dalam Bahasa Fushah. Bahasa Ammi ini adalah bahasa yang berbeza sedikit dengan Fushah dari segi baris perkataan, bertukar perkataan sendiri dan diringkaskan daripada Fushah. Saya pernah bertanya ammu(pakcik) penjual kobis, sama ada kobis yang dijual sebesar pemeluk budak kecil itu boleh dipotong dua. Mestilah ammu tu gelak, kerana x pernah pelanggan dia minta dipotong dua. Walau besar macamana pun, besar tu jugalah yang kita mesti beli. Harga dikira berdasarkan biji bukan kilo.

Sayur-mayur, buah-buahan termasuk ayam dan ikan di sini memang dijual berdasarkan kilo. Hampir kesemua penjual menggunakan penimbang batu, bukan digital. Harganya pula jauh lebih rendah daripada di Malaysia. Harga buah epal tempatan cuma 3 geneih sekilo, kobis sebiji (2g), lada (3g sekilo), kentang (1.25g sekilo), anggur(5g sekilo), ayam 12g sekilo, ikan 7g sekilo…Cuma ada sayur yang susah didapati di sini, contohnya kacang panjang, sayur hijau, cili api, dan lain-lain.

Di sini, ayam, arnab, kambing dan ikan disembelih betul2 di hadapan mata kita. Selalunya di Malaysia ayam telah siap dibungkus, tapi di sini segalanya menggunakan tulang empat kerat manusia. Yang hairannya, ayam yang diletakkan di dalam sangkar itu tidak lari walaupun pintu sangkar tersebut dibuka seluas-luasnya. Ibarat ayam ini redha dengan ketentuan-Nya bahawa ia akan disembelih juga satu hari nanti.

Semasa membeli barang, kita perlu pandai menawar harga dengan pak-pak Arab ni, kerana setakat hari ini, tiada penjual yang saya jumpa tidak pernah menurunkan harga barangannya. Maksudnya harga barangan tersebut tetap akan turun walau sikit mana pun, dengan syarat kita yang minta turun harga. Tapi kalau senyap je, takda turunnya harga tu. Lagi2 kita orang Malaysia yang dah dikenali sejak berzaman, lagi mereka suka. Teringat suasana membeli-belah di Souq Hussein, deretan kedai yang menjual pakaian, makanan kering dan cenderamata bagi para pelancong. Sepanjang perjalanan memesuki lorong deretan tersebut,akan terdengarlah kata-kata: harga murah, harga mahal, ya malizi, ya sodiqoh, mari-mari, apa khabar,dan sebagainya, yang dipelajari oleh orang Arab di situ. Kadang-kadang tergelak sendiri mendengar slang mereka berbahasa Melayu.

Kehidupan di tempat baru mengajar pelbagai perkara baru yang mungkin tidak tercapai di tempat kita. Allah dah sediakan segala qadak dan qadar-Nya untuk hamba-hamba-Nya. Lain orang lain jalan ceritanya. Kitalah yang harus memilih jalan itu dengan baik untuk mencapai satu hadaf (tujuan) yang sama iaitu MARDHATILLAH. Ayuh sahabat, kita tempuhinya bersama tanpa ada satu pun yang ketinggalan di belakang. Bilakah lagi kita semua SATU HATI????

Monday, January 3, 2011

Merantau Jauh Mencari Ilmu 1

Assalamualaikum WBT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setelah sekian lama meninggalkan alam penulisan yakni zaman persekolahan, kini saya kembali memerah akal yang telah dianugerahkan oleh Allah ini untuk menyampaikan apa yg termampu untuk saya sampaikan. Teringat dulu zaman sekolah di SBPISB, setiap minggu akan ada satu hari yang dikhususkan oleh guru bahasa Melayu kami, Tuan Rizuan Atan untuk menulis karangan mengikut format yg telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaaan Malaysia. Dengan praktis mingguan ini, kami mampu mencapai skor yg terbaik dalam SPM yang lepas. Kesimpulannya, latihan yang berterusan atau kata lainnya istiqamah dalam apa jua perkara, bukan sahaja dlm pelajaran malah dlm kehidupan seharian pun istiqamah amat penting untuk menjamin natijah yg lebih membanggakan.

Bukanlah tulisan saya kali ini ingin membincangkan subjek Bahasa Melayu yg pernah kita pelajari di sekolah dulu, tapi hanyalah ingin mengimbau sebentar kenangan manis yg kita pernah alami. Sesekali kita perlu menoleh ke belakang agar kita mampu mengukur tinggi rendahnya kita, jauh dekatnya kita dari asalnya kita berdiri. SEJARAH memberi kita PENGALAMAN. Manakala, PENGALAMAN mengajar kita ERTI KEHIDUPAN.

Pada kali ini, saya lebih memfokuskan kepada kehidupan di perantauan ini, Bumi Mesir yang kaya dengan khazanah peninggalan Para Anbiya’ serta seterunya, Firaun. Setelah hampir setahun keberadaan saya di perantauan, bermacam-macam af’al ammu-ammu dan mamah-mamah Arab yg telah lali di mata musafir kerdil ini. Ada pelbagai perbezaan antara negara sendiri dan negara orang yang dapat dikesan sejak pertama kali saya menjejakkan kaki di sini.

Pertama sekali, kami tiba di Mator Al-Qaherah pada pukul 6.45 pagi 25 September 2009 tarikh keramat, dan dibawa ke rumah ARB dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan, hanya bangunan berwarna coklat pasir saja yg mempu dilihat. Terfikir di hati saya, negara ini seperti negara Palestin yang pernah dipaparkan di kaca televisyen. Cuma warna pasir yang kelihatan, pudar tanpa corak keceriaan warna-warna pelangi. Negara ini macam baru lepas mengalami peperangan, ditambah pula dengan syurtoh yang berdiri di setiap penjuru jalan seperti patung yang dipamer di gedung pakaian.

Sesampainya saya di rumah ARB, terpegun tak terkata kerana akhirnya saya mampu jua untuk berdiri di hadapan sebuah bangunan tersergam indah yang sebelum ini saya cuma dapat lihat di blog www.musafirilmuarb.blogspot.com., blog yang dikendalikan oleh mahasiswa tajaan ARB sendiri. Pelbagai ujian yang dihadapi sebelum memilih untuk terbang ke Mesir ini Alhamdulillah dapat saya tangani sebaiknya atas pertolongan Allah. Rumah ini ibarat istana yang terletak di tengah kota Qaherah ini, cuma kawasannya tertutup dengan bangunan-bangunan tinggi dan pokok yang tidak kurang lebat daunnya yang menutupi pandangan pejalan kaki untuk melihat rumah ini.

Kehidupan kami seharian berpadat-padatan dalam bas hampir setiap hari. Bas di sini mengambil prinsip ‘masuk selagi muat’. Walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lain tidak kira lelaki mahupun perempuan, kami sudah lali dengan rutin ini kerana memang kepadatan penduduk di kota Kaherah ini adalah tinggi, jalan-jalannya sudah tidak terkata dari segi kesesakannya. Tanpa peraturan jalan raya yang ketat, jalan besar yang sepatutnya terbahagi kepada 3 jalan, pemandu tanpa rasa takut menjadikannya 4 jalan, potong-memotong, hampir berlanggar, dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan. Bunyi bingit hon setiap masa bermula seawal 7 pagi dan berakhir sehingga tengah malam dah sebati dalam hidup penghuni kota ini. Pemandu paling berhemah di Malaysia pun belum tentu dapat memandu dengan selamat di sini.

Perbezaan paling ketara adalah bi’ah Al-Quraniah di sini. Kami dapat lihat masa yang terluang di dalam bas semasa menunggu tibanya stesen yang ingin dituju diisi dengan membaca Al-Quran berbentuk mini di tangan. Kedai-kedai di tepi jalan memasang radio yang memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran, bahkan kedai di tempat pelancongan seperti pantai pun memperdengarkan ayat Al-Quran sebesar-besar suara agar didengari oleh para pelawat dari jauh. Teksi-teksi pun begitu. Pemuda-pemudi yang kita lihat di tepi jalan, Nampak macam ‘rock’, tapi rupanya ringtone bagi handphone mereka ialah ayat Al-Quran. Pendek kata kemana sahaja pergi Kitab Allah ini tetap di hati. Beginilah sepatutnya yang berlaku di negara-negara Islam terutamanya, bukan sebaliknya. Kita lihat sekeliling kita sekarang, adakah sedang berlaku bi’ah ini, dan bilakah ia akan bermula?

Kaherah juga dikenali sebagai ‘madinatul maazin’, kerana terdapat banyak masjid. Antara masjid yang terkenal ialah Masjid Amru bin Al’As, Masjid Ahmad bin Tulun, Masjid Sultan Hassan, Masjid Muhammad Ali, dan Masjid Al-Azhar. Kini, Masjid Al-Azhar telah bertukar menjadi Universiti Al-Azhar dan Jami’ Azhar, tempat saya dan sahabat-sahabat menghabiskan masa lapang kami untuk menghadiri pelbagai majlis ilmu, iaitu ilmu feqh, tauhid, nahu Bahasa Arab dan sebagainya yang dijalankan setiap hari di situ.

Akan bersambung selepas ini…

Sunday, January 2, 2011

Satu Hari Dalam Seminggu

Hari ini hari Sabtu. 20 November 2010. Kebiasaannya ammu utubis kami akan berhenti di mahattah untuk menghantar kami ke kuliah, yang jaraknya agak jauh mungkin binisbah musyah. Jarak kuliah ke rumah Amanah Malaysia ini adalah lebih kurang 15 kilometer kerana mengambil masa dalam 15 minit untuk sampai di sana.

Hari-hariku didahului dengan solat subuh berjemaah, alhamdulillah, sahabat2 di sini membantuku untuk meneruskan sunnah yg memang aku dan sahabat sepersekolahan lazimi di sekolah kesayanganku dulu. Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

“Barangsiapa menunaikan solat subuh secara berjemaah , mengakhirinya dengan kalimah لا إلاه إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير sebanyak 10 kali, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 33 kali, maka dia telah menghidupkan separuh malamnya. Dan barangsiapa yang menunaikan solat isyak berjemaah maka dia ibarat bangun pada separuh malam lagi.”

Jadi, aku x mahu jadi org yang meninggalkan sunnah teragung Rasulullah, utusan Allah yang mulia ini. Aku mahu jadi pengikutnya yang terbaik, aku mahu mimpi bertemu baginda. Dalam hadis baginda:

"من يراني في المنامو فسيراني في اليقظة"

Ya Allah, tempatkan aku bersama para anbiya’ dan auliya’ assolihin. Amin.

Hari ini, talaqi bersama Syeikh Ahmad Hajin bermula selepas Zohor dengan membuka kitab Futuhat Rabbaniyah. Tetapi aku tak menghadirinya kerana aku yakin mataku ini akan layu dengan celak daripada syaitan. Lagi2 waktu tengahari yang memang aku selalu curi saatnya untuk qailulah, iktidaan linnabi. InsyaAllah.

Selepas Asar, beberapa minit kemudian, syeikh masuk ke dalam atraq dan membuka kitab At Taj fi jami’il Usul, aku tak punya. Buka kitab Usul Fiqh, ada tapi tak bawa pula, bukan apa, berat. Buka kitab Hasyiah lil imam Baijuri fi Fiqhis Syafie, alhamdulillah ada pun bukunya. Hari ni tentang perkara yang diharamkan oleh haidhoh untuk melakukannya. Ada 8 perkara yang dilarang oleh haidhoh untuk lakukannya, iaitu solat, puasa, membaca Al-Quran, memegang dan mushaf Al-Quran, masuk masjid, tawaf sama ada fardu atau sunat, bersetubuh, dan istimta’ antara pusat hingga lutut. Dan setiap yang disebut tadi ada syarah2nya yang perlu dipelajari terlebih dahulu agar dapat kefahaman yang sebaik2nya.

Alhamdulillah, hari yang dipenuhi dengan majlis ilmu, insyaAllah. Mohon diberi kefahaman daripada Allah untuk mendalami ilmu usul fiqh, fiqh dan bidang agama yang lain. Amin.