Sunday, January 2, 2011

Satu Hari Dalam Seminggu

Hari ini hari Sabtu. 20 November 2010. Kebiasaannya ammu utubis kami akan berhenti di mahattah untuk menghantar kami ke kuliah, yang jaraknya agak jauh mungkin binisbah musyah. Jarak kuliah ke rumah Amanah Malaysia ini adalah lebih kurang 15 kilometer kerana mengambil masa dalam 15 minit untuk sampai di sana.

Hari-hariku didahului dengan solat subuh berjemaah, alhamdulillah, sahabat2 di sini membantuku untuk meneruskan sunnah yg memang aku dan sahabat sepersekolahan lazimi di sekolah kesayanganku dulu. Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

“Barangsiapa menunaikan solat subuh secara berjemaah , mengakhirinya dengan kalimah لا إلاه إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير sebanyak 10 kali, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 33 kali, maka dia telah menghidupkan separuh malamnya. Dan barangsiapa yang menunaikan solat isyak berjemaah maka dia ibarat bangun pada separuh malam lagi.”

Jadi, aku x mahu jadi org yang meninggalkan sunnah teragung Rasulullah, utusan Allah yang mulia ini. Aku mahu jadi pengikutnya yang terbaik, aku mahu mimpi bertemu baginda. Dalam hadis baginda:

"من يراني في المنامو فسيراني في اليقظة"

Ya Allah, tempatkan aku bersama para anbiya’ dan auliya’ assolihin. Amin.

Hari ini, talaqi bersama Syeikh Ahmad Hajin bermula selepas Zohor dengan membuka kitab Futuhat Rabbaniyah. Tetapi aku tak menghadirinya kerana aku yakin mataku ini akan layu dengan celak daripada syaitan. Lagi2 waktu tengahari yang memang aku selalu curi saatnya untuk qailulah, iktidaan linnabi. InsyaAllah.

Selepas Asar, beberapa minit kemudian, syeikh masuk ke dalam atraq dan membuka kitab At Taj fi jami’il Usul, aku tak punya. Buka kitab Usul Fiqh, ada tapi tak bawa pula, bukan apa, berat. Buka kitab Hasyiah lil imam Baijuri fi Fiqhis Syafie, alhamdulillah ada pun bukunya. Hari ni tentang perkara yang diharamkan oleh haidhoh untuk melakukannya. Ada 8 perkara yang dilarang oleh haidhoh untuk lakukannya, iaitu solat, puasa, membaca Al-Quran, memegang dan mushaf Al-Quran, masuk masjid, tawaf sama ada fardu atau sunat, bersetubuh, dan istimta’ antara pusat hingga lutut. Dan setiap yang disebut tadi ada syarah2nya yang perlu dipelajari terlebih dahulu agar dapat kefahaman yang sebaik2nya.

Alhamdulillah, hari yang dipenuhi dengan majlis ilmu, insyaAllah. Mohon diberi kefahaman daripada Allah untuk mendalami ilmu usul fiqh, fiqh dan bidang agama yang lain. Amin.

No comments:

Post a Comment