Tuesday, January 22, 2013

Kisah Sufainah dan Singa

Bismillah wal hamdulillah.

Sebuah kisah pada zaman Rasulullah SAW...

Ada seorang pemuda bernama Sufainah, beliau merupakan khadim dan sahabat Nabi SAW.
Betapa kuatnya cintanya dan dekatnya pada Nabi SAW, digambarkan dalam kisah ini.

Pada suatu hari, para sahabat -ridhwanullahi alaihim- didatangi seekor singa, apa lagi berlarilah para sahabat ketakutan kecuali khadim Nabi SAW yang bernama Sufainah ini yang berani berdepan dengan singa itu.

Dia berkata kepada singa tersebut: "Sesungguhnya aku mencintai Nabi SAW, sama ada kau pergi atau aku adukan hal engkau kepada NAbi SAW."

Maka, berlalulah singa tersebut tanpa mengganggu para sahabat apabila mendengarkan kata-kata daripada Sufainah.

Lihatlah betapa agungnya kekasih Allah SAW apabila disebutkan sahaja di hadapan singa, terus tunduk menghormati baginda SAW. Kerana Baginda SAW diutuskan rahmat kepada seluruh alam. Alam itu adalah semuanya selain ALLAH, tidak kira manusia, jin, haiwan, tumbuhan, batu-batuan dan segalanya.

Ya Allah, kurniakan kami syafaat Baginda SAW, kerana tiada apa yang kami bawa menghadapMu, amalan kami tiada apa di pandanganMu, hanya rahmatMu yang membezakan keadaan kami di sana, ya Allah!

Wallahu a'lam.

~Dipetik daripada kalam Al-Fadhilah As-Syeikh Asyraf Al-Hasanain di Rumah Amanah Malaysia, Kaherah~

Monday, January 14, 2013

Zikir-Zikir Solat

~Zikir-Zikir Selepas Solat daripada As-Sayyid Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari~

1-  (3kali)استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه

2- اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت يا ذا الجلال والإكرام. اللهم لا مانع لما أعطيت ولا معطي لما منعت، ولا ينفع ذا الجد منك الجد.

3- (3kali) اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

4- (3kali)رب قني عذابك يوم تبعث عبادك
  
اللهم أجرني من النار 5-
 (7kali) selepas solat subuh dan maghrib sebelum bergerak dari tempat duduk dan sebelum bercakap dengan orang.

6- Ayat Kursi

7-Surah al-Ikhlas

سبحان الله، الحمد لله، الله أكبر8-
(33 kali selepas subuh dan 10 kali selepas solat lain)

9- اللهم إني أسألك فعل الخيرات، وترك المنكرات، وحب المساكين، وأن تغفر لي وترحمني وتتوب علي، وإذا أردت بعبادك فتنة فاقبضني إليك غير مفتون.

10-اللهم أنت ربي، لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذبك من شر ما صنعت، وأبوء لك بنعمتك علي وأبوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت.
        

Sunat > Wajib

Bismillah walhamdulillah...

Ada 3 perkara sunat yang afdhal (lebih baik) dilakukan berbanding wajib:


1- Salam
-Memberi salam sunat, menjawab salam wajib.
Memberi salam afdhal daripada menjawab salam.


2- Wuduk
-Berwuduk sebelum masuk waktu solat sunat, berwuduk selepas masuk waktu solat wajib.
Berwuduk sebelum masuk waktu solat afdhal daripada selepas masuk waktu.


3- Melepaskan bayaran hutang bagi yang belum mampu
-Melepaskan bayaran hutang bagi yang tidak mampu sunat, menangguhkannya wajib.
Melepaskan bayaran hutang bagi yang belum mampu afdhal daripada menangguhkannya.

Wallahu a'lam.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sunday, January 6, 2013

Suri Rumah=Bekerja@Tidak Bekerja?

Bismillah walhamdulillah...



Hari ini saya nak berkongsi sedikit ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian, ilmu yang dipanggil Hala Tuju Sistem Ekonomi Islam. Di bawah ilmu ini, ada bab yang dinamakan Guna Tenaga Kerja Sepenuhnya.

Bab ini membincangkan tentang kepentingan manusia, ataupun kekuatan manusia itu sendiri dalam menyumbang kepada pertumbunhan negara. Harta sebenar bagi sesebuah masyarakat itu adalah kekuatan pekerja@manusia. Jika harta ini tidak dapat digunakan maka rugilah masyarakat tersebut sampai bila-bila. Sedangkan harta-harta lain jika tidak digunakan sekarang, ia tidak terbuang, kerana ia merupakan harta yang boleh disimpan, yang boleh digunakan pada masa-masa lain.

Antara perkara yang membezakan fahaman Islam dan bukan Islam adalah pada makna amal@kerja itu sendiri. Setiap pekerjaan yang bermanfaat adalah kerja dalam kaca mata Islam, dan sesiapa yang bekerja dalamnya adalah termasuk dalam golongan pekerja. Sedangkan pekerja dalam fahaman bukan Islam ialah pekerjaan yang mendapat upah sebagai balasan.

Wanita adalah orang yang menjalankan kerja yang paling hebat, mereka melakukan kerja-kerja yang sangat berat di rumah mereka, dengan membina pemuda-pemuda untuk negara mereka. Inilah yang dinamakan kerja, malah inilah kerja yang paling penting dalam Islam, berbeza dengan di sisi bukan Islam, ia tidak dikira sebagai sebuah pekerjaan kerana tiada gaji bagi mereka. Tapi tidakkah anda terfikir, bahawa amah atau orang gaji atau babysitter juga bekerja seperti wanita-wanita ini, sedangkan mereka diberi gaji? Adakah hanya kerana gaji, wanita suri rumah tidak termasuk dalam golongan bekerja?

Syeikh Yusri Jabr Al-Hasani ada menyebut ketika menerangkan hadis:

 عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : " إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلْتُمْ مِنْ كَسْبِكُمْ وَإِنَّ أَوْلادَكُمْ مِنْ كَسْبِكُمْ " .

dalam Kitab Sunan Ibn Majah. Hadis ini memberitahu kita bahawa sebaik-baik apa yang kita makan adalah daripada hasil tangan kita sendiri, bermakna kita bekerja dan mendapat pulangan, maka dengan pulangan tersebut, kita mmbelanjakannya untuk makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Inilah yang terbaik, tanpa perlu meminta-minta daripada orang lain. Anak-anak juga adalah daripada kerja kita. Bermakna anak-anak akan lahir daripada apa yang kita lakukan terhadap mereka, apa yang kita berikan pada mereka, tidak kiralah dari segi apa pun, dari segi agama, ilmu, dan lain-lain.

Membina manusia adalah tugas paling berat dan terpenting di sisi Islam. Kita cuma melihat para mujahidin di Palestin, Syria, dan lain-lain, pernahkah kita terfikir siapakah yang mendidik mereka menjadi orang yang sanggup mati kerana Islam itu? Tentulah ibu bapa  mereka. Membina manusia lebih aula@utama daripada membina bangunan. Tugas-tugas ini akan lebih dilihat berada di bahu para ibu kerana ibu lebih selalu bersama anak-anak. Tetapi ini tak bererti para bapa tidak berperanan langsung dalam mendidik, mereka berada di tempat yang lebih tinggi untuk menyediakan keperluan dan persiapan (nafkah) bagi para ibu untuk menbawa anak-anaknya ke jalan yang diredai Allah. Tidak kelembutan untuk anak2 tanpa ibu,  tidak sempurna tugas ibu tanpa nafkah, tiada nafkah tanpa bapa. Lihatlah betapa pentingnya setiap posisi dalam keluarga, tiada terlebih, tiada terkurang. Semuanya mempunyai hak dan kewajipan masing-masing.

 Wallahu a'lam.

Friday, January 4, 2013

Kalam Syeikh Rajab Dib: Penuntut Ilmu

Bismillah walhamdulillah...



Setelah sekian lama tidak mendengar ceramah atau tazkirah mahupun ke talaqqi, lagi-lagi dengan kesibukan mengulang kaji pelajaran, pada malam ni, ada seorang sahabat karib, kami pangggilnya Kak Ain aka Along berkongsi ilmu beliau yang diperoleh daripada kalam taujihat Syeikh Rajab Dib yang menziarahi Syeikh Yusri di Masjid Al-Asyraf, di Muqattam, salah satu kawasan di Kaherah, Mesir. Syeikh Rajab merupakan salah seorang ulama besar dalam bidang tasawwuf, iaitu akhlak dan tarbiyah hati, yang datang dari Syam.

Beliau menyebut bahawa setiap daripada kita merupakan pelajar atau dipanggil tolibul ilmi (penuntut ilmu), walau di mana pun kita berada. Mengapa? Kerana ilmu Allah SWT sangat luas, sehinggakan jika ranting dijadikan pena dan seluas lautan menjadi dakwat untuk menulis ilmu-ilmu Allah, takkan cukup pena dan dakwat itu untuk tujuan tersebut. Betapa agungnya kuasa Allah digambarkan, sedangkan takkan mampu pun kita untuk menggambarkannya sebenarnya. Oleh sebab itu, kita mestilah mengibaratkan diri ini sebagai penuntut ilmu pada semua tempat dan masa.

Dua syarat yang seharusnya ada pada seorang penuntut ilmu: Attawajjuh ilallah (Menghadirkan diri di hadapan Allah) dan Al-Irtibat birrasul SAW (mengikat diri bersama Rasulullah SAW).

Syarat pertama: Menghadirkan diri di hadapan Allah.
Sifat ini haruslah difahami dengan sebenar-benar fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. Bukanlah maksud di sini menggambarkan Allah di hadapan kita (nauzubillah...) bukan mengjisimkan, bukan mengatakan Allah berrtempat, tetapi kita sendiri merasakan Allah itu melihat kita, walaupun kita takkan mampu melihatNya. Inilah dinamakan ihsan. Dalam solat lima waktu sehari semalam, kita ada melafazkan doa iftitah, yang di dalamnya: "إني وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض" (Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada Yang menciptakan langit dan bumi) Maka penghadapan ini secara zohirnya, jasad kita menghadapkan ke arah kiblat yang satu, tetapi secara batinnya ruh kita menghadap Allah yang Esa. Maka, hadirkan jasad dan ruh menghadap Sang Pencipta dengan rasa kehambaan yang sebenar-benarnya. Sebab itu, Allah dengan rahmatNya meletakkan taharah (bersuci) itu sebagai syarat solat, tanpanya solat takkan sah. Semasa kita mensucikan anggota-anggota wuduk dengan air mutlak, dalam keadaan yang tidak kita sedari, Allah juga mensucikan ruh kita, agar pada waktu kita menghadapNya, jasad dan ruh berada dalam keadaan penuh suci tanpa dosa. Kerana Rasulullah SAW bersabda:     

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا توضأ العبد المسلم أو المؤمن فغسل وجهه خرج من وجهه كل خطيئة نظر إليها بعينيه مع الماء أو مع آخر قطر الماء فإذا غسل يديه خرج من يديه كل خطيئة كان بطشتها يداه مع الماء أو مع آخر قطر الماء حتى يخرج نقيا من الذنوب فإذا غسل رجليه خرجت كل خطيئة مستها رجلاه مع الماء أو مع آخر قطر الماء حتى يخرج نقيا من الذنوب رواه مسلم .

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW besabda: Jika seorang muslim atau mukmin berwuduk, kenudian dia membasuh mukanya, keluar daripada wajahnya semua kesalahan yang dilihatnya dengan matanya bersama air atau titisan air terakhir, ketika dia membasuh tangannya keluar daripada tangannya semua kesalahan yang dibuat dengan tangannya bersama air atau titisan air terakhir sehingga dia keluar bersih daripada dosa, ketika dia membasuh kakinya keluar daripada kakinya semua kesalahan yang  disentuh dengan kakinya bersama air atau titisan air terakhir sehingga dia keluar bersih daripada dosa.

Syarat kedua: Mengikat diri bersama Rasulullah SAW
Rasulullah SAW itu kekasih Allah. Maka tidak dapat dipisahkan dua nama yang agung ini. Jika di awal solat, kita menyatakan tawajjuh kita kepada Allah, sedang di akhirnya pula kita akan menyebut nama kekasihNya, Rasulullah SAW, semasa melafazkan tahiyyat: "السلام عليك أيها النبي" (Salam ke atasmu wahai Nabi Allah). Pernah tak kita terfikir kenapa digunakan kaf alkhitob (kata ganti diri kedua) sedangkan Nabi tidak ada di hadapan kita? Kerana Allah inginkan hamba-hambaNya merasai kehadiran Rasulullah SAW semasa solat. Kerana hamba-hamba yang bertaqwa akan selalu mengaingati Baginda, dan mereka akan selalu berasa Nabi SAW bersama mereka. Baginda memang berada bersama kita. Allah pernah menyebut dalam surah Al-Hujurat: (واعلموا أن فيكم رسول الله) :Ketahuilah sesungguhnya bersama kamu Rasulullah.

Saye mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat, untuk sentiasa meletakkan dua perkara ini tersemat kemas dalam diri masing-masing sebagai penuntut ilmu sepanjang perjalanan hidup ini menuju ke alam Akhirat dengan berbekalkan amal soleh di dunia yang singkat ini. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

Exam Exam Exam

Bismillah walhamdulillah...

Hari ini hari keempat untuk peperiksaan semester pertama untuk tahun ini. Selepas berhempas pulas menghafal bermula madah Hasib Ali (Komputer), kemudian Usul Fiqh, seterusnya Tafsir dan Fiqh...

Alhamdulillah, walau apa pun yg terjadi, itulah yang tersurat dalam taqdirNya. Rasa macam dah byk hafal, dah byk baca, tapi dalam imtihan masih tak dapat nak keluarkan sesetengah apa yang dihafal dan dibaca tadi. Itulah kadang2 terfikir adaka disebabkan dosa2 aku yang menyebabkan aku tak mampu untuk menjawab dengan baik. Mungkin2 kadang2 Allah nak ajar aku tak semestinya kita boleh sentiasa di atas. Ya Allah, ampunilah dosa2ku, agar ia tak jadi penghalang untuk menerima ilmu-ilmuMu ya Allah...

Ya Allah, aku mohon, jadikan aku hambaMu yang dapat menerima ilmu ini, ilmuMu yang sangat berharga, ilmu dunia dan akhirat, dapat mengingatinya, dapat mengamalkannya, dan dapat menyampaikannya kepada masyarakat di tanah air kami, bumi tercinta kami, agar kami dapat hidup dalam suasana yang Engkau redhai, bukan dalam keadaan yang Engkau murkai.

Ya Allah, jadikan aku redha dengan segala keputusan yang Aku terima nanti, walau dalam keadaan apa pun. Ya Allah, terangkan hati kami, permudahkan urusan kami, leraikan ikatan (kesusahan bercakap) pada lidah kami, dan fahamkan kata-kata kami...

Amin.

Wallahua'lam.