Monday, February 14, 2011

Murah rezeki

Bismillahir rahmanir rahim…

Hari ini saya dengar ceramah di TV9 pada pukul 10.00 malam, tentang “murah rezeki” yang disampaikan oleh Ustaz…Program ini adalah bersempena Maulidurrasul yang bermula pada malam ini iaitu 12 Rabiul Awal 1431H.

Ada 2 kisah: Pertama tentang Saidina Umar Al-Khattab, beliau melihat ada bebrapa lelaki sedang berdoa sambil beriktikaf di masjid, mereka memohon kepada Allah siang dan malam supaya Allah memberikan rezeki kepada mereka. Bertanya Saidina Umar kepada mereka: “siapa yang memberi kamu makan dan minum?” Mereka menjawab: “Isteri dan anak2 kami yang membawakan makanan untuk kami”. Saidina Umar berkata: “Isteri dan anak2 kamu lebih baik daripada kamu. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan daripada langit hujan emas atau hujan perak. Maka, Saidina Umar menyuruh mereka meninggalkan masjid dan pergi keluar mencari rezeki, bukan setakat berdoa tanpa usaha.

Kisah kedua: Anak murid kepada Ibrahim bin Adham, Syakik Al-Baqi berkata kepadanya dia akan pergi bekerja, maka dia tutup rumah dia bersedia untuk bekerja. Sampai di bawah sebatang pokok, Syakik ternampak seekor burung yang buta di atas pokok tersebut, tiba2 datang seekor burung celik yang membawakan cacing atau ulat kepada burung buta tersebut. Syakik Al-Baqi pun terfikir, kalau burung buta yang dudk dalam sarang pun boleh dapat rezeki, apatah lagi aku. Dia pun balik semula ke rumahnya sebelum bekerja. Ibrahim bin Adham ternampak rumah Syakik Al-Baqi terbuka dan bertanya kenapa. Maka dijawab apa yang difikirnya. Bertanya Ibrahim bin Adham: “ Kenapa kamu pilih untuk menjadi burung yang buta bukan burung yang celik. Bukankah burung celik lebih baik daripada burung buta?”

Antara doa yang dibaca untuk mohon murah rezeki:
• اللهم افتح لي أبواب رزقي
• اللهم ارزقني رزقا كثيرا حلالا طيبا مباركا فيه

Rezeki yang datang melalui orang ialah zakat dan sedekah. Maksudnya, kalau selain melalui orang, ia bermakna melalui pekerjaan kita sendiri.

Nak dapat rezeki yang murah daripada Allah, pertama kita kena banyak berdoa supaya Allah berikan rezeki yang halal lagi baik. Yang kedua ialah bekerja bersungguh2. Untuk elak rezeki yang x halal, kita kena mulakan dengan kerja itu sendiri halal dan tidak melanggar syariat Islam yang sebenar. Dengan cara yang x halal, macamana nak dapat hasil yang halal kan?

Pintu rezeki:

1. Solat
2. Zakat/sedekah

Selalunya, org kerja yang x halal ni, memang pulangannya berganda, tapi ni bukan namanya rezeki tapi bala kepada org tersebut. Jadi, walaupun kita selesa dengan gaji berapa banyak angka pun, tapi itu hanya sementara, tapi dosa yang ditanggung di belakang semasa Yaumul Hisab nanti kekal lama. Pilihlah nak kaya sekejap azab lama, atau azab sekejap kaya lama, iaitu kaya dengan reda Allah.

Yang penting, keimanan kepda Allah bahawa Dialah yang yang melimpahkan kurniaNya dan menahannya daripada sampai kepada kita. Kalau rezeki melimpah, Alhamdulillah. Kalau kurang sedikit daripada biasa, muhasabah diri sama ada pernah melakukan sesuatu yang Allah x suka ataupun tidak.

Sesungguhnya anak Adam memang x pernah lari daripada dosa setiap hari, kita hanya mampu berdoa agar Allah ampuni dosa kita setiap hari sama ada yang kita sedar atau tak.

Wallahu a’lam.