Wednesday, April 20, 2011

Jangan Marah

Setelah sekian lama meninggalkan zaman sekolah,rasa-rasa hati ini dah lama x diberi makanan yang enak2 yg mampu memberikan tenaga kepada akal terus berzikir mengingatiNya, dan juga hadaf utama Allah menciptakan jasad dan roh ini di atas muka bumi. Alhamdulillah,sebelum hari melabuhkan tirainya,kami sempat menjalankan majlis usrah yg menjadi amalan mingguanku di sekolah. Majlis diketuai oleh kak Biha yg merupakn bekas pelajar KISAS, yg penulis rasa mmg layak memegang jawatan naqibah utk kami yg murid ini.

Hari ini, usrah berkisarkan salah satu drp hadis arba’in Al-Imam Annawawi, bertajuk “Jangan marah”. Memang tajuk ini sgt sesuai dengan suasana Arab di sini. Nak katanya, org Arab ni mmg terkenal dgn sifat marahnya. Perkara kecil pun boleh jadi punca marah mereka. Contohnya,dia jual kain,kita nak tanya harga je,klu mahal x nak beli, pastu dia marah kita pulak nape tnya harga tapi x nak beli.ada ke patut,mmg tak patut kan. Tapi yg penulis sgt respek dgn org Arab ni,diorg marah tak lama, beberapa minit tinggi suara,pastu elok balik macam x de apa2 berlaku.mmg ajaib.

Hadis tu berbunyi begini:

عن أبي هريرة أن رجلا قال للنبي-صلى الله عليه وسلم-:أوصني!, قال: ((لا تغضب)). فردد مرارا
قال: ((لا تغضب)).
رواه البخاري

Daripada Abi Hurairah ada seorang lelaki berkata kepada Nabi(sollahu alaihi wasallam): “Wasiatkan aku”, Baginda bersabda: ((Jangan marah)). Dia berulang kali bertanyakan, maka Rasulullah menjawab: ((Jangan marah)).

Tengoklah betapa pentingnya tidak marah sehingga Rasulullah berulang kali mewasiatkannya kepada lelaki tersebut. Tiada perkara lain yg disuruh untuk lelaki itu melainkan tidak marah.

Sebenarnya, apa punca kita marah atau org lain marah pada kita? Setelah difikir-fikirkn, segalanya berpunca daripada hati betul tak? Yang marah ni, bermula daripada apa? Hati kan, sebab tu orang kata siapa yg marah ni,hati dia baran kan.haa, betul tak, cuba tanya hati? Segala perasaan kita ni lubuknya di hati,kalau gembira daripada hati, kalau sedih hati,kalau risau hati dan hati ni sentiasa berbolak-balik, sebab namanya pun qalbu (قلب) yg bermaksud membalikkan. Bila hati dah tak ingat Allah, maka perasaan pun jadi tak tenang, bila tak tenang, perbagai pangkat syaitan datang, hasut buat ini, buat itu, dan macam2 lagi. Bahaya kan penyakit marah ni?

Jadi, antara cara terbaik untuk menenangkan hati yang sedang panas ialah dengan cara yang Nabi ajar. Caranya ialah apabila marah semasa berdiri kita duduk, jika semasa duduk kita baring, jika semasa baring kita tidur (tak pasti dalam hadis ke x), kalau tak dapat tidur kita berwuduk, kalau wuduk pun tak dapat hilangkan marah, istighfarlah banyak2 dan doa semoga Allah tukarkan hati yang baru. Dahsyatnya marah ni, sampaikan dinasihatkan tukar hati. Macam tak patut je...

Tapi Allah kan dah kata:

ألا بذكر الله تطمئن القلوب

Tidakkah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang

--> Kecil jadi kawan, besar jadi lawan.

Tuesday, April 19, 2011

Tuesday, April 12, 2011

Dusturul Quran

Apa itu maksud ‘Dusturul Quran’? Ia bermaksud ‘Perlembagan Al-Quran’. Al-Quran ialah kalam Allah yang qadim yang diturunkan melalui Jibril untuk hambaNya dan Saidina Muhammad ibn Abdillah yang mmbacanya adalah ibadah dimulai dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas, mempunyai 30 juzuk, 114 surah dan diturunkan dalam masa 23 tahun proses dakwah nabi di Makkah dan Madinah.

Hari ini saya belajar satu perkara yang saya memang tak tahu selama 20 tahun saya hidup ni. Alhamdulillah ilmu itu sampai juga kepada saya dan saya harap kepada anda juga.

Ia adalah mengenai cara bacaan (tilawah) Al-Quran yang betul atau sohih. Kita memang dah tahu bagaimana mulakan bacaan pada awal surah, iaitu dengan membaca taawuz (a’uzubillahi minas syitaonir rajim) kemudian basmalah (bismillahir rahmanir rahim).

Tapi bagaimana pula di pertengahan atau pun akhir surah? Adakah perlu baca kedua-duanya atau mungkin boleh salah satu sahaja? Maka dengan cara memahami makna ayat yang akan kita baca itulah yang menentukan kita baca yang mana, basmalah atau taawuz sahaja.

Saya tekankan semula, taawuz boleh di mana-mana tempat bacaan. Cuma apa yang berbeza adalah penggunaan basmalah. Contohnya jika ayat itu dimulakan dengan kalimah mengenai syaitan, maka basmalah tidak perlu dibaca. Tetapi jika ayat berkenaan Allah, kita boleh baca taawuz tapi harus disertakan dengan basmalah sebelum membaca ayat tersebut.

Kerana apa saya berkongsi hal ini? Kerana dalam Bahasa Arab, makna ayat kedua mengikut dhamir (kata nama) ayat sebelumnya, seperti juga dalam Bahasa Malaysia.

Contoh:

Ahmad dan Abu merupakan kawan baik. Mereka suka bermain bola pada waktu petang.

Jadi, mereka di sini merujuk kepada Ahmad dan Abu kan…Bukannya merujuk kepada orang lain. Jadi samalah dengan ayat yang dimulai dengan basmalah tadi.

Harapnya semua dapat faham apa yang disampaikan.

--> Malu bertanya sesat jalan.

Saturday, April 9, 2011

Suq fi Misr...



Ayam2 yang menunggu masa untuk disembelih. Satu perkara yang berbeza di Mesir ini denagn Malaysia adalh ayam, ikan, kambing, arnab, dan lain2 akan disembelih di depan mata kita. Oleh itu, kita akan tahu sama ada halal atau tidak ayam itu berdasarkan proses yang dijalankan di kedai itu sendiri. Tapi sebaliknya di Malaysia, kita cuma tahu melalui kedai atau pun tanda halal yang disahkan oleh JAKIM. Kalau x pasti, boleh jadi penyembelihnya bukan Muslim...tak gitu??



Masih menggunakan penimbang manual, cuma di pasar raya je mereka gunakan timbang elektronik. Menguji kecekapan akal dalam matematik.









Ammu jual tebu. Tebu di sini tak setebal tebu di Malaysia. Di sini tebunya halus seperti rotan, tapi bukanlah betul2 macam rotan.







--> Harga bahan mentah ada yang naik dan ada yang macam biasa.

Hari pertama...

Hari ini kuliah bermula, tapi saya dan beberapa kawan serumah terpaksa ponteng untuk mengemas rumah yang boleh dikatakan seperti ditinggalkan setahun. Debunya toksah nak kata, seinci..eh2, tak adalah begitu. Hiperbola je. Saya dan kawan2 mengemas bilik masing2 selepas sarapan makanan Malaysia. Maklumlah baru baliklah katakan. Kemudian kami sama2 mengemas rumah mengikut ruang2 yang telah ditugaskan.
Selesai proses mengemas pada waktu tengahari. Habis je kerja, ngantuk terus datang. Apalagi saya pun merebahkan diri di atas katil dan zzzz…

Alhamdulillah, semuanya senang hati dapat melihat rumah kemas dan cantik seperti sedia kala. Hari ini ada talaqqi di Jami’ Azhar. Hati dah taraddud nak pilih mana satu, rumah ke talaqqi. Alhamdulillah hati ini terbuka untuk ke Jami’. Rindu pada Syeikh dan suasana Azhar As-Syarif yang menjadi pengeluar masyaikh terkenal seluruh dunia.

Saya menyimpan perasaan untuk mempunyai ilmu sehebat itu. Amin…
Talaqqi hari ini berkisar di sekitar kitab Syamail Muhammadiah yang memuatkan sunnah dan cara hidup Nabi melalui hadis2 Baginda.
Doakan saya ye para pembaca untuk terus teguh berdikari dan mencari ilmu di Bumi Anbiya’ ini.

--> Gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya

Wednesday, April 6, 2011

Syukur...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mempunyai segalanya.

Lebih kurang pada pukul 3.30 petang tadi, akhirnya saya tiba di Bumi Mesir yang akan menjadi pemerhati hidup saya selama 5 tahun ini, insyaAllah. Perjalanan bermula pada pukul 9.45 malam, bertolak dari rumah, cuma ambil masa 45 minit ke KLIA. Perjalanan yang agak panjang kami penuhi dengan borak2 berisi dan kosong. Mak, abah dan Abang Mi yang menemani.

Tiba di KLIA pada pukul 10.30 malam. Ingatkan pukul 11 nanti ada perjumpaan, rupanya sampai pukul 12 pun, orang yang ditunggu tak muncul2. Kawan2 pun ramai yang dah tiba di sana. Alhamdulillah, lebih kurang 1 pagi, tiket diberi dan pasport bertukar tangan. Hati pun makin berdebar tanda masa bersama keluarga makin suntuk.

Nak tunggu 3 pagi amat lama rasanya. Mata dah kuyu. Tapi terpaksa tahan juga sebab masa untuk masuk 'flight' belum tiba lagi. Kawan2 lain pun rasa mengantuk juga. tak sabar rasanya nak masuk kapal terbang dan terus lelapkan mata. Kesian juga mak abah dan AbangMi yang akan bekerja esok bermula pada pukul 8 pagi. Semoga saya dapat balas jasa mereka dengan keputusan mumtaz dalam setiap peperiksaan. Amin, amin, amin.

Penantian berakhir dan penerbangan dimulakan dengan doa safar. Kemudian, kami diberi sekeping sampul yang berisi 'freshtowel'. Saya ambil dan terus tidur. Beberapa jam atau minit kemudian, kami diberi makanan, saya tak tahu makanan itu dikira 'supper' atau 'breakfast'. Apapun makanan dah diberi,saya pun makan dengan seleranya.

Tiba di Kuwait beberapa minit awal dari masa yang tertulis iaitu jam 0622. Alhamdulillah, tapi masa itu hari sudah cerah seperti jam 8 pagi di Malaysia. Ada juga ternampak pelajar dari negeri Johor dan lain2 dalam penerbangan yang sama. Oleh sebab kehausan, saya mengajak kawan untuk membeli air. Kami terpinga2 di kedai itu. Tak tahu berapa kadar perbezaan wang di Kuwait dengan Mesir atau Dolar. Saya tukar duit geneih(LE) kepada dinar Kuwait(KWD). Nilai KWD sangat tinggi berbanding dua matawang ini, USD dan LE.

USD 1 = KWD 0.250
LE 100 = KWD 4.550

Nilai ini pada masa 'post' ini tertulis.
Saya isi masa dengan makan, baca buku dan tidur sejam, hinggalah pada pukul 11.30 pagi waktu Kuwait, kami dipanggil untuk masuk balai menunggu. Jam 1200 kami dibenarkan masuk cabin bagi 'economy class'. Alhamdulillah, akhirnya...

Transit di Kuwait memberi pengalaman berharga kepada kami mengenal budaya rakyatnya. Bahasa pasar yang digunakan pun agak berlainan dengan Mesir.

bawah = tahta(Mesir) = tahat(Kuwait)

Pekerja kedai di 'airport' pula kebanyakannya seperti bukan warganegara itu, nampaknya seperti dari Filipina atau Thailand.

Satu perkara yang saya kagum dalam kapal terbang Kuwair Airways ialah kemudahan TV bagi setiap orang. Kapal terbang pertama dan terakhir yang saya naik ada Tv ialah Japan Airlines. Jadi saya anggap 'flight' yang ada TV ini setanding dengan Jepun. Pramugara dan pramugarinya pun baik2 belaka. Tapi ada juga yang kurang sikit. Tak apa, mmungkin memang sifat dia begitu. Nak buat macammana kan.

Setibanya di MESIR pada jam 1345, kami menaiki bas yang membawa penumpang dari kapal terbang ke bangunan 'airport'. Tempat mendarat kapal terbang adalah di mator lama. Kami ambil masa yang agak lama untuk menunggu beg kargo kami yang harus diambil sendiri dari mesin bergerak beg. Ramai yang mengerumuni tempat tersebut. alhamdulillah kami berada agak berdekatan mesin tersebut, jadi mudahlah bagi kami melihat dan mengambil beg tersebut. Setelah semua sahabat lain selesai mengambil barang masing2, kami bergerak keluar dan sahabat yang telah sampai awal di Mesir menyambut kami, antaranya Kak Nad dan Kak Farah.

Masjid atau musolla dicari untuk menunaikan solat yang belum sempat terlaksana, jam sudah menunjukkan 3 petang. Kami bergegas ke musolla yang tak deketahui arahnya. Setelah bertanya pekerja di situ, kami segera ke sana dan berwuduk. Tiba2 azan berkumandang tanda masuknya solat fardu Asar bagi kawasan Kaherah dan kawasan sekitar yang sama waktu dengannya..(macam dalam radio pula)..Jam di tangan menunjukkan pukul 3.30 petang. Oh, rupa-rupanya masih awal waktu solat di Mesir. Selalunya pada waktu musim sejuk waktu solat makin awal. Ini bermakna musim sejuk belum berakhir.

Mata masih mengikut jam Malaysia. jadi pada pukul 6 petang saya dah bersa mengantuk, kerana pada waktu ini Malaysia sudah pun pukul 12 tengah malam. Alangkah indahnya tidur di kala mengantuk.

Bersambunglah kehidupanku di Mesir hari ini.

--> Usaha tangga kejayaan.