Tuesday, April 12, 2011

Dusturul Quran

Apa itu maksud ‘Dusturul Quran’? Ia bermaksud ‘Perlembagan Al-Quran’. Al-Quran ialah kalam Allah yang qadim yang diturunkan melalui Jibril untuk hambaNya dan Saidina Muhammad ibn Abdillah yang mmbacanya adalah ibadah dimulai dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas, mempunyai 30 juzuk, 114 surah dan diturunkan dalam masa 23 tahun proses dakwah nabi di Makkah dan Madinah.

Hari ini saya belajar satu perkara yang saya memang tak tahu selama 20 tahun saya hidup ni. Alhamdulillah ilmu itu sampai juga kepada saya dan saya harap kepada anda juga.

Ia adalah mengenai cara bacaan (tilawah) Al-Quran yang betul atau sohih. Kita memang dah tahu bagaimana mulakan bacaan pada awal surah, iaitu dengan membaca taawuz (a’uzubillahi minas syitaonir rajim) kemudian basmalah (bismillahir rahmanir rahim).

Tapi bagaimana pula di pertengahan atau pun akhir surah? Adakah perlu baca kedua-duanya atau mungkin boleh salah satu sahaja? Maka dengan cara memahami makna ayat yang akan kita baca itulah yang menentukan kita baca yang mana, basmalah atau taawuz sahaja.

Saya tekankan semula, taawuz boleh di mana-mana tempat bacaan. Cuma apa yang berbeza adalah penggunaan basmalah. Contohnya jika ayat itu dimulakan dengan kalimah mengenai syaitan, maka basmalah tidak perlu dibaca. Tetapi jika ayat berkenaan Allah, kita boleh baca taawuz tapi harus disertakan dengan basmalah sebelum membaca ayat tersebut.

Kerana apa saya berkongsi hal ini? Kerana dalam Bahasa Arab, makna ayat kedua mengikut dhamir (kata nama) ayat sebelumnya, seperti juga dalam Bahasa Malaysia.

Contoh:

Ahmad dan Abu merupakan kawan baik. Mereka suka bermain bola pada waktu petang.

Jadi, mereka di sini merujuk kepada Ahmad dan Abu kan…Bukannya merujuk kepada orang lain. Jadi samalah dengan ayat yang dimulai dengan basmalah tadi.

Harapnya semua dapat faham apa yang disampaikan.

--> Malu bertanya sesat jalan.

No comments:

Post a Comment