Sunday, January 6, 2013

Suri Rumah=Bekerja@Tidak Bekerja?

Bismillah walhamdulillah...



Hari ini saya nak berkongsi sedikit ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian, ilmu yang dipanggil Hala Tuju Sistem Ekonomi Islam. Di bawah ilmu ini, ada bab yang dinamakan Guna Tenaga Kerja Sepenuhnya.

Bab ini membincangkan tentang kepentingan manusia, ataupun kekuatan manusia itu sendiri dalam menyumbang kepada pertumbunhan negara. Harta sebenar bagi sesebuah masyarakat itu adalah kekuatan pekerja@manusia. Jika harta ini tidak dapat digunakan maka rugilah masyarakat tersebut sampai bila-bila. Sedangkan harta-harta lain jika tidak digunakan sekarang, ia tidak terbuang, kerana ia merupakan harta yang boleh disimpan, yang boleh digunakan pada masa-masa lain.

Antara perkara yang membezakan fahaman Islam dan bukan Islam adalah pada makna amal@kerja itu sendiri. Setiap pekerjaan yang bermanfaat adalah kerja dalam kaca mata Islam, dan sesiapa yang bekerja dalamnya adalah termasuk dalam golongan pekerja. Sedangkan pekerja dalam fahaman bukan Islam ialah pekerjaan yang mendapat upah sebagai balasan.

Wanita adalah orang yang menjalankan kerja yang paling hebat, mereka melakukan kerja-kerja yang sangat berat di rumah mereka, dengan membina pemuda-pemuda untuk negara mereka. Inilah yang dinamakan kerja, malah inilah kerja yang paling penting dalam Islam, berbeza dengan di sisi bukan Islam, ia tidak dikira sebagai sebuah pekerjaan kerana tiada gaji bagi mereka. Tapi tidakkah anda terfikir, bahawa amah atau orang gaji atau babysitter juga bekerja seperti wanita-wanita ini, sedangkan mereka diberi gaji? Adakah hanya kerana gaji, wanita suri rumah tidak termasuk dalam golongan bekerja?

Syeikh Yusri Jabr Al-Hasani ada menyebut ketika menerangkan hadis:

 عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : " إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلْتُمْ مِنْ كَسْبِكُمْ وَإِنَّ أَوْلادَكُمْ مِنْ كَسْبِكُمْ " .

dalam Kitab Sunan Ibn Majah. Hadis ini memberitahu kita bahawa sebaik-baik apa yang kita makan adalah daripada hasil tangan kita sendiri, bermakna kita bekerja dan mendapat pulangan, maka dengan pulangan tersebut, kita mmbelanjakannya untuk makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Inilah yang terbaik, tanpa perlu meminta-minta daripada orang lain. Anak-anak juga adalah daripada kerja kita. Bermakna anak-anak akan lahir daripada apa yang kita lakukan terhadap mereka, apa yang kita berikan pada mereka, tidak kiralah dari segi apa pun, dari segi agama, ilmu, dan lain-lain.

Membina manusia adalah tugas paling berat dan terpenting di sisi Islam. Kita cuma melihat para mujahidin di Palestin, Syria, dan lain-lain, pernahkah kita terfikir siapakah yang mendidik mereka menjadi orang yang sanggup mati kerana Islam itu? Tentulah ibu bapa  mereka. Membina manusia lebih aula@utama daripada membina bangunan. Tugas-tugas ini akan lebih dilihat berada di bahu para ibu kerana ibu lebih selalu bersama anak-anak. Tetapi ini tak bererti para bapa tidak berperanan langsung dalam mendidik, mereka berada di tempat yang lebih tinggi untuk menyediakan keperluan dan persiapan (nafkah) bagi para ibu untuk menbawa anak-anaknya ke jalan yang diredai Allah. Tidak kelembutan untuk anak2 tanpa ibu,  tidak sempurna tugas ibu tanpa nafkah, tiada nafkah tanpa bapa. Lihatlah betapa pentingnya setiap posisi dalam keluarga, tiada terlebih, tiada terkurang. Semuanya mempunyai hak dan kewajipan masing-masing.

 Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment