Friday, January 28, 2011

Hari Jumaat Pertama-Krisis di Mesir

Assalamualaikum pembuka bicara,
Senyum dan sapa untuk semua,
Hari yang mulia disambut gembira,
Bersyukur tak terkira kepada Yang Esa.

Emm, hari ni hari Jumaat..sepatutnya saya dan sahabat2 lain akan pergi ke Masjid Salam untuk solat jumaat yg mana di Malaysia Negara tercinta x ada biah camni. Tapi hari ni kami x pergi dek keriuhan yg berlaku di sekitar Mesir terutamanya Tahrir. Tapi kami takut kalau rusuhan ini merebak di Abul Azaim, imarah kami. Cerita tentang rusuhan ini dah tersebar ke semua tempat, tak kira melalui media massa rasmi mahupun tak rasmi (cthnya:suara2 sahabat2 di sekitar Mesir).

Belum sempat saya dan sahabat2 memberi salam ke kiri semasa kami solat Zohor berjemaah, terdengar suara orang terpekik terlolong di luar sana. Suara mereka sangat hampir rasanya seperti di sebelah telinga saja. Tak dapat dibayangkan betapa berdebarnya kami pada masa itu, rasa macam berada di Palestin. Kami berlari ke tingkap untuk melihat apa yang terjadi. Dari jauh, kami nampak sekumpulan penduduk Mesir masing2 membawa kayu ataupun besi sambil menjerit2 “I3zil ya Mubarak” yang membawa maksud “turunlah wahai Mubarak”. Itulah kata2 yang dapat saya tangkap daripada suara2 mereka.

Memang suatu perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ini apabila terjadinya rusuhan ini. Macam2 perasaan bercampur baur, ada takut, bimbang, terkejut, seronok pun kadang2 pernah terlintas di fikiran. Pelik tak?

Yalah, cuba bayangkan, kita sekarang di zaman millennium, bak kata orang sekarang. Tapi masih lagi berlaku darurat yang mana pernah kita belajar dalam Sejarah Tingkatan 4, kalau tak silap. Darurat, perintah berkurung, tunjuk perasaan, kematian, kecederaan, Dasar Ekonomi Baru..eh eh..bukan2. Dasar Ekonomi Baru tadi cuma gurauan ye.

Dan hari ini bermulalah perintah berkurung yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Mesir yang bermula pada pukul 6 petang hingga 7 pagi. Kemudian bertukar daripada pukul 5 petang hingga 8 pagi. Kemudian bertukar lagi dari pukul 6 petang hingga 6 pagi kalau tak silap. Bertukar lagi dan bertukar lagi.

Pengalaman yang sangat tak menyeronokkan adalah apabila terpaksa terperap dalam rumah@bilik. Wah, tak sanggup rasanya berterusan macam ini. Betullah kata masal Arab:”al3aklus salim fil jismis salim” bermaksud “akal yang cerdas daripada tubuh badan yang cergas”. Walaupun jasad yang terperangkap, tapi rasanya macam otak pun sengal2 juga tak boleh bebas merayau di luar sana.

Pada tempoh masa ini, ibu bapa masing2 terpaksa memperuntukkan duit untuk telefon kami di Mesir. Tak tahulah berapa banyak yang dibelanjakan untuk telefon luar negara, kalau dari Malaysia. Tapi setahu saya telefon Malaysia dari Mesir, bayarannya RM4/minit dan RM0.80/sms. Mahal kan…

Kami cuma tahu keadaan Mesir melalui ibu bapa yang menelefon dan juga televisyen. Sistem perhubungan tak kira telefon ke, sms ke, Internet dll semuanya disekat sementara, untuk mengelakkan daripada maklumat mengenai rusuhan tersebar. Alhamdulillah, pada hari ketiga dan seterusnya , sistem dibuka semula tetapi kadang2 tak dapat digunakan.

Salah satu kesan buruk daripada rusuhan ini adalah berhentinya pengajian di Jami3 Azhar. Yelah, semua rakyat Mesir diperintahkan untuk tidak keluar agar tidak tergolong dalam rusuhan. Keselamatan amat dititikberatkan pada masa ini. Mana taknya, setiap masa ada saja panggilan dari Badan Kebajikan Negeri masing2 yang menelefon wakil pelajar untuk memastikan pelajar selamat di sini. Jadi, terpaksalah duduk di rumah, siapa yang proaktif dapat gunakan masa dengan sebaiknya untuk belajar atau menghafal Al-Quran, membaca buku2 dan melatih istima’ pun boleh juga dengan menonton TV. Dan siapa yang tak rasa masa tu berharga dia gunakan dengan ‘melakar peta di atas bantal’?!

Selain itu, keadaan negara akan jadi huru-hara. Ada berita kecederaan dan kematian di sana sini. Si bapa meninggalkan anaknya yatim. Si suami meninggalkan isterinya balu. Si anak meninggalkan ibunya berduka dan sebagainya.

Rusuhan berterusan di luar tanpa ada tanda2 akan berhenti sehinggalah kami dipanggil ke lapangan terbang@mator oleh pihak pengurusan pelajar Malaysia di Mesir, untuk dibawa pulang ke Malaysia. Saat yang amat2 ditunggu pada masa ini.

Pelbagai pengalaman yang diperoleh sepanjang perjalanan dari mula rusuhan sehinggalah tiba di Malaysia. Segalanya tercatat dalam memori, insyaAllah sehingga akhir hayat kerana ia sebuah sejarah yang telah terukir kemas di dalam akal, dan tidak mampu dipadam oleh sesiapa kecuali pemilik akal sendiri, iaitu ALLAH SWT.

Setiap yang menimpa sama ada suka mahupun duka di sampingnya terselit sebuah hikmah yang begitu berharga dariNya. Cuma kita nampak atau tidak sahaja yang membezakan. Terimalah dan redalah dengan segala yang berlaku wahai sahabatku, kerana Allah itu Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang sangat lemah ini.

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment