Friday, March 25, 2011

ALLAH MAHA TAHU

Pada bulan Februari lepas,saya telah mengikuti satu program, namanya RUC. Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi AJK program motivasi, tetapi mungkin pengalaman ke entah berapa kali saya menjadi pesertanya. Saya sangat seronok menyertai program ini. Perasaan gembira tak terkata disertai syukur kepada Allah tak terhingga dalam hati ini kerana tak pernah terbayang dapat merealisasikan impian saya yang terselit di satu sudut hati ini. Saya diajak oleh sahabat untuk menyertai program motivasi ini sebagai urusetia. Pada asalnya tak tahu pun ini program apa sebenarnya. Tapi setelah menyertainya, Alhamdulillah banyak input yang diperoleh melalui program ini. Nanti saya ceritakan aturcara dan kesimpulan program ini (ikut apa yang saya ingat je lah ye).

Saya teringat satu hadis yang dipelajari dulu. Hadis Nabi SAW memang tak boleh disangkal kesahihannya. Manusia ini sangat lemah sehinggakan diri sendiri tak tahu apa yang akan berlaku kepada dirinya selepas sesaat pun. Rasulullah SAW pernah bersabda:”Masya Allahu kana, wa ma lam yasyak lam yakun” yang bermaksud “apa yang Allah kehendaki akan berlaku, dan apa yang Allah tak nak ia berlaku, takkan berlaku”. Walau macamanapun kita nak, tapi Tuan kita yakni Allah tak nak, maka tak berlakulah sesuatu itu. Tetapi baik dan buruk macamanapun perkara itu berlaku ke atas kita, terimalah dengan berlapang dada kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya dan Dia Maha Tahu itulah yang terbaik untuk kita dan di situ terselit segala hikmah2nya, cuma kita je yang tak tahu apa dia hikmahnya.

Untuk lebih faham, saya beri contoh. Contohnya, Si A ni pandai dalam pelajaran, setiap kali ujian pasti straight A yang diperoleh. Tapi sampai masa peperiksaan awam yang sebenar (UPSR/PMR/SPM), dia tak dapat straight A, mungkin 2@3 subjek tak dapat A. Memanglah sedih tak terhingga, tapi rupanya Allah nak bagi dia kejayaan yang lebih besar dalam peperiksaaan akan datang atau jadi pelajar terbaik sekolah ataupun kerja yang hebat. Kan lebih besar anugerah yang Allah bagi tu.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman:

32. Mereka menjawab, “Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." (Al-Baqarah:32)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

No comments:

Post a Comment