Bismillah wal hamdulillah…
Tersebutlah sebuah kisah seorang hamba Allah yang soleh
daripada kalangan Bani Israel yang sangat kuat beribadah. Beliau telah pergi ke
sebuah pulau untuk mengasingkan diri daripada dunia dan berkhalwat dengan Allah
SWT. Setelah 60 tahun beribadah, timbul rasa bosan dengan bentuk ibadah yang
sama, Allah turunkan hujan di tempatnya. Maka, terfikirlah si hamba ini untuk keluar
dari tempat ibadahnya dan melihat suasana sekeliling yang mana dengan cara itu
dia dapat menukar cara ibadahnya, iaitu dengan melihat kebesaran Allah SWT. Dengan
hujan, udara menjadi nyaman, rumput-rumput menjadi hijau dan segar, serta
pelbagai lagi keindahan yang dikurniakan Allah selepas hujan.
Sedang si hamba soleh itu menikmati keindahan alam ciptaan
Allah SWT, dia terserempak dengan seorang wanita (pelacur kaum Bani Israel), mereka
pun saling berbicara sehingga berpegangan dan akhirnya berlakulah sesuatu yang malu
untuk disebut di sini. Setelah sedar daripada kesalahannya, dengan perasaan penuh
keinsafan dan hina di hadapan Allah, si hamba pergi ke pantai untuk bersuci. Kemudian
datang seorang peminta sedekah kepada hamba soleh ini, meminta agar diberikan
makanan sebagai alas perut yang kelaparan. Bersama hamba soleh ini dua keping
roti yang dibawa semasa keluar dari tempat ibadahnya. Lalu diberikan kedua-dua
roti tersebut tanpa mengira keadaan dirinya, kerana perasaan teramat malunya
dengan kesalahannya terhadap Allah SWT.
Setelah itu datang malaikat maut mencabut nyawanya serta-merta.
Tiba hari pengadilan Allah, segala amal ibadahnya selama 60 tahun terpadam sekali
gus disebabkan dosa zinanya dengan pelacur tadi. Kemudian ditimbang pula
ganjaran sedekah yang diberikan kepada orang yang meminta dengan dosanya, maka
terhapuslah dosanya dan beratlah timbangan kebaikan dengan sedekah tadi.
Begitulah kisah umat terdahulu yang diceritakan Rasulullah
SAW dalam sebuah hadis sohih.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Pengajaran kisah di atas:
- Umat terdahulu sangat kuat
beribadah.
2-
Dosa zina sangatlah besar,
sehinggakan ibadah abid selama 60 tahun terhapus dengan sekelip mata, hanya
dengan kepuasan syahwat yang sementara dan tempoh yang sekejap. Oleh sebab itu,
Allah telah melarang mendekati zina, dengan berdua-duaan, berpandangan,
berpegangan, dan akhirnya hasutan syaitan akan menyuruh melakukan zina.
3-
Pahala sedekah sangat
banyak, ditimbang dosa abid yang mengalahkan ibadah 60 tahun dengan sedekah
dengan hanya beberapa minit dan dua keping roti kering, berat lagi ganjaran sedekah. Rasulullah pernah bersabda, sedekah yang
paling baik adalah pada bulan Ramadan.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment