Bismillah,
alhamdulillah…
Hari
ini saya nak kongsi dengan sahabat2 semua tentang satu hadis kekasih Allah Nabi
Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam yang baru saya belajar daripada Syeikh Ahmad
Hajain pada minggu lepas.
Hadisnya berkisar tentang solat2 sunat yang Rasulullah
lazimi dan tak pernah tinggal sekalipun dalam hidup Baginda SAW.
Hadis
di atas bermaksud:
Daripada
Ummul Mukminin Ummu Habibah Ramlah Binti Abu Sufian –Allah meredhai mereka
berdua- berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang pun hamba muslim
yang menunaikan solat kerana Allah pada setiap hari 12 rakaat tambahan (bukan
fardhu) kecuali Allah dirikan untuknya sebuah rumah di syurga -atau- kecuali
didirikan sebuah rumah untuknya di syurga” (Riwayat Muslim)
WAH!!!
Tawaran
hebat!!! SYURGA bagi sesiapa yang solat sunat!!
Siapa
taknak kalau dah dijanjikan syurga di sana…ia sebesar-besar nikmat di Akhirat
nanti, apatah lagi kenikmatan bagi penduduk syurga itu ditambah kelazatannya
apabila dapat melihat sendiri Pencipta kita Allah SWT. ALLAH!! Besar sungguh
nikmat itu, semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang dibenarkan melihat
Allah dan berjumpa dengan kekasihNya di syurga kelak, amin…
Berdasarkan
hadis ini, Rasulullah mengajar kita untuk melazimi solat sunat yang mana
Rasulullah tak pernah tinggalkan dalam hidupnya, sehinggakan jika tertinggal
disebabkan sesuatu yang menyibukkan baginda, baginda SAW akan mengqada’kannya
di waktu lain, ia dipanggil solat sunat muakkad.
Manakala
solat sunat yang pernah Rasulullah tinggalkan dan tidak menunjukkan bahawa
baginda melaziminya seperti mana sunat muakkad, malah baginda memberi pilihan
kepada sahabat baginda untuk menunaikannya atau meninggalkannya, ia dipanggil
solat sunat tidak muakkad.
Solat
sunat muakkad ialah:
Tetapi tidaklah bermaksud solat rawatib ini
sahaja yang dipanggil sunat muakkad, ada lagi solat-solat lain seperti sunat
dhuha, isyraq, dan lain-lain.
Kalau
tak dapat semua jangan tinggalkan semua. Marilah kita berusaha untuk mencontohi
kekasih Allah SAW supaya kita pun dapat mencapai tahap yang mana Allah redha akan
kita dan kehidupan kita, insya-Allah..
Lepas
ni, bolehlah ajak mak, abah, abang2, kakak2, adik2 dan sahabat2 buat solat
sunat, tak susah kan? =)
No comments:
Post a Comment