Bismillah walhamdulillah…
Tadi kawan
saya ceritakan situasi bagaimana dia berhadapan dengan berita kematian adiknya
yang baru meninggal lebih kurang hampir sebulan yang lepas. Setelah sebulan
(seminggu selepas kematian adiknya) dia balik ke bumi Mesir, baru kali ini kami
berani bertanya tentang kisah adiknya yang terkena renjatan elektrik yang kuat
dan dia dan keluarga yang menghadapi situasi itu.
Dia pula tak keberatan menceritakan dan nampak
dia sangat tabah hadapinya.
Saya pula mendengar
dari dapur ceritanya. Antara dengar tak dengar. Tapi saya takut dengar cerita
kematian. Takut…
Dia kata
adik dia seorang yang baik, jenis yang lembut sopan. Pernah mak dia tanya nak
duit tak untuk belanja, adik dia cuma jawab “takpelah mak”, memang Allah
sayangkan adik dia. Ramai orang kata orang baik-baik ni Allah ambil dia cepat.
Wallahu a’lam.
Saya pula
entah kenapa terbayang muka saudara mara (tokki, datuk dan nenek belah mak,
makcik, pakcik dan lain-lain) yang dah pergi selama-lamanya dari dunia ni,
sekarang mereka di alam kubur.
Saya tak
tahu kenapa, tapi saya rasa sayu sangat bila mengenangkan mereka, lagi-lagi
yang meninggal semasa saya sudah faham erti kematian dan saya pernah bercakap
dengan mereka semasa hidupnya.
Memang tak
dapat bayangkan bagaimana kehidupan di alam kubur sana, tapi saya sentiasa
doakan kubur mereka diluaskan seluas-luasnya dan mereka berasa aman bahagia
mendapat nikmat di dalam sana.
Malam ni, air mata laju je mengalir, walaupun
saya tak tahu kenapa. Adik orang lain yang meninggal tapi kenangan dengan
saudara yang saya sebutkan tadi macam kembali terbayang di kepala.
Saya takut
bagaimana keadaan saya bila saya pun macam mereka.
Ya Allah, kurniakanlah
kepada kami nikmat kebahagiaan di alam kubur, alam barzakh, dan syurgaMu di
sana. Temukan kami dengan kekasihMu Rasulullah SAW dan para sahabat, para
auliya’ assolihin dan orang yang Engkau kasihi dan Engkau cucuri rahmat ke atas
mereka.
Ya Allah,
ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa
kami, dosa ahli keluarga kami, dosa sanak saudara kami, dosa para masyaikh
kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, sama ada yang masih hidup
mahupun yang telah pergi menghadapMu ya Rabb, dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha
Memberi Rahmat…
Matikan kami
dalam husnulkhotimah (pengakhiran yang baik), dengan kalimah “Lailahaillallah,
Muhammadur Rasulullah”, jangan Engkau matikan kami dalam suulkhatimah (pengakhiran
yang buruk).
Amin, Ya
Mujibas Sailin (Yang Mengkabulkan Permintaan)
No comments:
Post a Comment