Assalamualaikum
sahabat2 semua. Apa khabar?
Hari ini
saya nak cerita satu cerita, macam cerita kanak-kanak, tapi insyaAllah bawa
makna yang besar dalam hidup sebagai seorang manusia.
Ceritanya
adalah cerita antara tikus, ayam, kambing dan lembu. Bayangkan haiwan-haiwan ini boleh berkata-kata…
Ceritanya
bermula di sebuah rumah kecil yang terletak di hujung kampung. Tinggallah
sepasang suami isteri yang tidaklah terlalu muda juga tidaklah terlalu tua.
Mereka sedang mengemaskan barang-barang dapur yang baru dibeli oleh mereka
sebentar tadi. Tanpa mereka sedari, perbuatan mereka sedang diperhatikan oleh
seekor tikus di celah lubang kayu rumah mereka. Tikus juga tidak menyangka dia
sedang memerhatikan sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat oleh tikus itu. Tuan
rumah sedang memasang perangkap tikus yang baru sahaja dibeli, kerana mereka
merasakan kehadiran haiwan perosak itu di rumah mereka.
Lalu,
hebohlah sang tikus dengan berkata; “Tuan rumah pasang perangkap tikus! Tuan
rumah pasang perangkap tikus!” Sang tikus terus-menerus menghebohkan cerita
tersebut kepada haiwan-haiwan di sekitarnya.
Dia
berjumpa dengan sang ayam, “Tuan rumah memasang perangkap tikus! Tuan rumah
memasang perangkap tikus! ” Sang ayam
pun membalas, “Encik T, perangkap itu untuk awak, tak mudaratkan saya apa-apa
pun”. Sang tikus terus berlalu dengan rasa hampa.
Sang tikus
tak berasa putus asa, maka dia berjumpa pula dengan sang kambing, “Cik B, tau
tak ada perangkap tikus di rumah tuan kita, tau tak?!” Sang kambing menjawab;
“Yelah Encik T, kalau saya tau pun, bukan ada kena-mengena dengan saya”. Maka
berlalu sang tikus setelah mendengar jawapan yang tidak memuaskan dari si
kambing.
Kali ini,
dia bertekad untuk berjumpa dengan sang lembu pula; “Uncle L, ada berita
terkini ni! Uncle tau tak tuan rumah kita ada pasang perangkap tikus, tadi baru
saya nampak! Perangkap tikus!” Jawapan sang lembu juga seperti haiwan lain,
tidak mengendahkan kata-kata sang tikus yang memberi amaran.
Ingatkan
panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Pada malam
hari, si suami mendengar satu bunyi pelik di dapur mereka.
Si isteri
berkata: “Bang, dengar tak bunyi sesuatu kat dapur tu?”
Si suami
menjawab: “Aahlah, abang pun dengar. Pencuri ke? Tak pun perangkap kita
mengena…”
Maka,
mereka dengan berhati-hati ke arah bunyi yang kedengaran. Setibanya mereka di
sana, sangkaan mereka meleset, malah mereka sedang berdepan dengan seekor ular
yang sangat besar. Ular tersebut sedang menggelupur kesakitan apabila ekornya
terkena perangkap tikus yang dipasang suami isteri itu.
Apabila ular
itu melihat kehadiran suami isteri tersebut, maka dengan serta-merta ular itu
cuba menerkam kedua-dua mangsanya. Dengan pantas, si suami menarik tangan si
isteri untuk melarikan diri, malangnya kaki si isteri sempat dipatuk oleh ular
tersebut sebelum dipukul bertalu-talu oleh si suami. Akhirnya ular itu pun
mati.
Akibat
patukan ular, si isteri mengalami demam yang teruk. Si suami mendapat petua
untuk memulihkan demam dengan cara memberi makan bubur sup ayam. Maka
disembelih ayam ternakannya untuk dibuat bubur sup ayam. Tetapi demam tidak
kebah juga.
Kelihatan
si isteri semakin tenat, ramailah sahabat-sahabat menziarahi isterinya yang
sedang sakit. Si suami terpaksa meninggalkan kerjanya untuk menjaga si isteri.
Si suami berasa segan jika dibiarkan tetamu datang tak dihidangkan dengan
apa-apa makanan. Dengan rela hatinya, si suami menyembelih kambing ternakannya.
Dihidangkan kambing yang dimasak tersebut kepada tetamu-tetamu yang hadir.
Racun yang
berada di dalam tubuh si isteri merebak sehinggalah terpisahlah roh dari jasad
si isteri. Maka, diadakan upacara pengkebumian si isteri. Si suami pun
menyembelih satu-satunya lembu ternakannya untuk dihidangkan kepada tetamu yang
menghadiri upacara tersebut.
Si tikus
hanya melihat keadaan yang berlaku ke atas haiwan lain melalui lubang kayu di
rumah tersebut dengan linangan air mata.
Jadi, apa
kesimpulan yang kita boleh ambil ye sahabat-sahabat??
Antaranya,
kalau kawan-kawan kita ada masalah, jangan jadi macam sang ayam, Cik B dan juga
Uncle L.
Sebenarnya kalau salah seorang daripada kita diancam, maka kita juga
sedang menghadapi risiko yang
sama.
Pernah
dengar tak, Allah akan timpakan bencana di sesuatu tempat yang berlaku
kemungkaran, walaupun di tempat tersebut ada orang soleh. Bukannya bala hanya
untuk yang melakukan maksiat, malah juga kesemua yang berada di situ. Jika
Allah kehendaki.
Kenapa
rasanya yang soleh pun kena? Bukan dia buat baik je ke? Hukuman kan untuk orang
jahat je… Sebabnya, orang soleh lah yang berperanan meng’islah’ atau
memperbaiki semula keadaan di tempat itu...
Allah Maha
Mengetahui segala perbuatan hamba-hambaNya, sama ada yang membantu agama Allah atau pun yang
meruntuhkannya…
Kita dalam
satu KEHIDUPAN perlulah saling membantu antara satu sama lain. Mungkin hari ini
orang perlukan bantuan kita, mana tau satu hari nanti kita pula yang perlukan
bantuan orang lain, betul tak?
Pepatah Melayu ada menyebut:
Bagai aur
dengan tebing.
Yang berat
sama dipikul yang ringan sama dijinjing.
Hidup sepakat membawa berkat.
Berjemaah
menegakkan ummah dan daulah islamiyah.
(Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia)
Allahu
a’lam.