Sunday, July 10, 2011

Berumahtangga Semasa Belajar

Bismillah...

Sebenarnya tulisan telah lama ditaip dan hanya disimpan dalam 'folder Documents' laptop saya. Setelah dikemaskini, tiba2 terjumpa dan tajuknya agak menarik. Harap sahabat2 tidak bosan membacanya. Selamat membaca!

Sejak bertahun lamanya Malaysia menghantar pelajarnya ke Mesir untuk menimba ilmu yang bagaikan mata air yang sentiasa keluar dari bumi kinanah Mesir ini. Mesir mempunyai Universiti Al-Azhar, sebuah universiti unggul yang bertahan sejak beratus tahun dahulu yang mana boleh dikatakan lebih hebat daripada universiti yang dibanggakan seantero dunia, Universiti Oxford dan Harvard. Oleh sebab itu, Malaysia tidak ketinggalan untuk bersaing dengan negara lain di seluruh dunia untuk merebut tempat di situ untuk menjadi mahasiswa keluaran Al-Azhar.

Dengan bertambahnya bilangan pelajar Malaysia di sini, maka terbinalah imarah yang disediakan sebagai kediaman para pelajar mengikut negeri masing-masing di Malaysia. Setakat ini, semua negeri mempunyai imarah sendiri. Rumah Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini terletak di Hayyi Sabie’, Asyir dan Rabaatul ‘Adawiyah. Semuanya terletak berdekatan antara satu sama lain.

Pada bulan Julai 2010, Rumah BKAN Kelantan telah mengadakan Bazaar Siswa. Pelbagai makanan Malaysia yang dijual di bazaar ini, seperti nasi kerabu, kuey teow goreng, kuih-muih dan sebagainya. Untuk menarik pelanggan, yakni para mahasiswa dari seluruh muhafazah di Mesir, telah diadakan forum dan ceramah pada setiap malam bazaar.

Antara tajuk yang paling menarik ialah ’Kahwin Semasa Belajar’. Pelbagai persepsi yang telah dilontarkan oleh ahli panel dalam mengupas isu ini. Ada ahli panel yang bersetuju, ada juga yang tak bersetuju. Apa yang dapat saya simpulkan ialah keputusan terletak atas individu itu sendiri. Pada pendapat saya, jika seseorang itu berkemampuan dari segala perkara zahir dan batin. Zahir seperti kewangan dan mendapat restu keluarga manakala batin pula ialah kekuatan mental dan hati. Saya cuma mengagak makna dua perkara ini, kalau salah, sila betulkan.

Sebelum memikirkan keputusan untuk mendirikan rumahtangga semasa belajar, marilah kita selidiki dahulu cabaran yang akan dihadapi oleh pasangan suami isteri yang sedang belajar. Kita kata nak kahwin, belajar insyaAllah…tapi tahukah kita bukan senang nak dirikan masjid, selepas dirikan, kena jaga ia sebersih-bersihnya agar tak ada anasir yang dapat merobohkannya. Kata salah seorang ahli panel: kita kahwin semasa belajar ni, adaa beberapa cabaran yang tak dapat dielakkan. Antaranya ialah ekonomi. Sebelum ni, kita tanggung kita je, makan tak kesah cukup ke tak cukup sehari, tpi lepas kahwin, kena tanggung berdua, bertiga. Kemudian, tanggungjawab semakin besar. Para suami kena sentiasa faham tu. Adat di kampong juga jadi cabaran. Kenapa? Kerana apabila suami tolong isteri masak, sapu rumah, buat kerja isteri sikit, dah orang mengata. Padahal, kerja tersebut bukanlah dah ditetapkan untuk si isteri semata. Sepatutnya, hidup mereka bagai aur dengan tebing, yang sentiasa bekerjasama untuk hidup masing-masing.

Orang kata, bila kahwin ni, tambah rezeki. Pemberian rezeki tu hak allah. Jadi tak boleh dipersoalkan, tapi sebenarnya dengan logik akal, dengan berkahwin, seseorang itu akan berubah cara pemikiran. Jadi apa sahaja masalah yang melanda akan dihadapi sehingga dapat diselesaikan. Dengan itu, masalah kewangan yang terjadi semasa berkahwin akan ditangani dengan baik. Firman Allah taala:

Terjemahannya:(Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya)
(Surah Al-Baqarah:286)

Seorang ahli panel juga meringkaskan halangan yang dihadapi oleh yang belum berkahwin tetapi mahu berkahwin kepada 5 K;

1) Kewangan
2) Kematangan diri
3) Keluarga
4) Kesefahaman
5) Komitmen

Untuk mengatasinya, ahli panel lain menggunakan formula REST;

R- Realistik dengan kehidupan dan keadaan diri
E-Elak diri daripada pergaulan antara lelaki dan perempuan
S-Set mind, sama ada nak berkahwin semasa atau selepas belajar
T-Tahan diri dengan cara menyibukkan diri dengan kawan-kawan jika sunyi

Firman Allah Taala:

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Surah Al-Insyirah:6)


Ada pepatah mengatakan: في كل مهنة منحة
Pada setiap kesusahan itu ada pemberian.

Pada pendapat saya, kalau nak kahwin semasa belajar, tahun 3 atau 4 di universiti adalah peringkat umur yang sesuai, tapi kalau baru setahun jagung dalam pengajian tinggi, sepatutnya pelajaran adalah lebih aula (diutamakan). Kehidupan sebagai pelajar lebih utama bagi saya kerana dengan ilmulah, hidup akan lebih senang. Kahwin adalah peringkat seterusnya dalam kehidupan. InsyaAllah.

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

‘Wahai sekalian syabab, sesiapa yang mampu dlm kalangan kamu, maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia menundukkan pandangan memelihara kemaluan. Jika kamu tak mampu, maka ke atasnya berpuasa. Sesungguhnya baginya penghalang nafsu.’

Selain itu, jika sudah sampai jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah selepas istikharah drp Allah walaupun semasa belajar, apa yang penting ialah kemampuan terutama dari segi memegang tanggungjawab sbg suami atau isteri dan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment