Bismillah
walhamdulillah…
Rasa
sangat lama tidak melakar sesuatu di blog ini, perasaan membuak2 untuk menulis,
tapi apakan daya masa telah berjaya memotong saya. Saya terpaksa merelakannya
dan cuba untuk memotongnya semula.
الوقت كالسيف إن لم تقطعه
قطعك
“Masa ibarat pedang, jika kamu
tidak memotongnya ia akan memotong kamu”
Teringat belajar alhikam wal amsal semasa menengah
rendah dengan Ustaz Amir (sila klik ke blog ustaz), sungguh saya sangat rindu saat
itu. Jadualnya terancang, tarbiyahnya terpelihara, ukhwahnya sangat manis. Indahnya zaman persekolahanku. Hidup di kampus kadang2 menyesakkan, dan perlukan keazaman yang tinggi untuk berjaya.
Sekarang sahabat2 saya semuanya telah merantau jauh ke
seluruh pelosok dunia. Ada yang ke Mesir, ada ke Jordan, ada ke Indonesia, ada
ke UK, ada ke Jepun dan tempat-tempat lain. Tak lupa juga yang bertebaran di bumi Malaysia
tercinta, dari Selangor ke Kedah, Perak ke Sabah, Sarawak dan lain2.
Bukankah Allah pernah berfirman:
ياأيها الذين آمنوا إذا نودي للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا إلى ذكر الله وذروا البيع ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون ( 9 ) فإذا قضيت الصلاة فانتشروا في الأرض وابتغوا من فضل الله واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون
9. Wahai orang-orang Yang
beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari
Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan
mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu);
Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang
sebenarnya),
10.
kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi
(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari
limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala
keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (Surah Jumuah)
Allah tidak memerintahkan kita bertebaran di atas bumiNya
semata-mata untuk melihat2, meninjau2 mahupun melancong, tetapi Dia
memerintahkan hambaNya untuk mencari segala isi yang tersurat mahupun tersirat
di atas Bumi ini yang telah Allah kurniakan untuk kita. Kerana Allah telahpun
menundukkan segala isi bumi dan langit untuk kita gunakan dalam kehidupan
seharian dalam mencapai tahap ubudiyyah kepadaNya. Allah jadikan matahari bagi
menerangi siang untuk manusia bekerja, Allah juga jadikan bulan (yang tidak
bercahaya) pada waktu malam untuk manusia berehat. Allah jadikan binatang
sebagai ternakan, pengangkutan, makanan. dan pakaian untuk manusia. Allah
jadikan tumbuhan sebagai makanan, teduhan
dan sebagainya untuk manusia. Tidakkah kita mahu menjadi orang yang berfikir?
Sebab itu, Allah tidak menciptakan dunia ini sia-sia. Kita
hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah dan mengimarahkan bumi.
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون ( 56 ) ما أريد منهم من رزق وما أريد أن يطعمون(57)
56. dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu.
57.
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan
Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. (Surah Az-Dzariyat)
﴿هُوَ أَنشَأَكُمْ مِنَ الأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا
﴾
61. Dia lah Yang menjadikan
kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya". (Surah
Hud)
Untuk mengimarahkan bumi, manusia perlu sedar
kepentingan mereka untuk bekerja, tidak kira dalam sektor apa pun, sama ada
dalam bidang teori seperti ilmu agama dan ilmu falsafah, mahupun bidang
praktikal seperti ilmu perubatan, fizik, kimia dan kejuruteraan. Melalui fahaman
yang jelas tentang Islam dan pekerjaan (amal), akan terbentuk suatu suasana
yang dipanggil ‘tamadun’ atau dikira sebuah pembangunan, kemajuan dan
ketinggian sesuatu kelompok manusia.
Entri kali ini sekadar muqaddimah (pendahuluan) kepada
tajuk tamadun Islam yang akan saya bawakan pada masa akan datang.Inshaa Allah.
Walahu a’lam.
No comments:
Post a Comment