Jelajah Bumi Allah. "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan salat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi;carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung." (al-Quran, Surah al-Jumu'ah 62: 9-10)
Tuesday, December 11, 2012
Monday, December 3, 2012
Jauhi PhD...
فإن الحسد مرض من أمراض القلوب التي لا يسلم منها إلا من سلَّمه الله تعالى ووفقه، والقلب الذي يكون فيه داء الحسد هو قلب مريض، وإذا كان القلب سالمًا من الحسد ومن سائر الأمراض القلبية الأخرى كالكبر والغرور وحب الشهوات المحرمة ونحو ذلك، كان هذا القلب هو القلب السليم الذي مدحه الله تعالى بقوله: {يوم لا ينفع مال ولا بنون * إلا من أتى الله بقلب سليم}[الشعراء:88، 89]
Bismillah walhamdulillah…
Saya sangat seronok pada hari ini
kerana dapat bersama dengan adik-adik saya di rumah mereka dengan tujuan
berkumpul dan mengadakan perkongsian ilmu dengan mereka.
Semasa perkongsian ilmu ini, salah
seorang adik bertanya: “Kak, ada tak Nabi SAW mengajar kita macamana nak
hilangkan dengki dalam hati?”
Saya yang masih kurang ilmu ini pun
mengaku ketiadaan ilmu saya untuk menjawab soalan tersebut. Tetapi sepertimana
yang diketahui, Nabi SAW selalu mengajar sahabat-sahabat Baginda untuk
mentarbiyah hati masing-masing, kerana daripada hatilah punca penyakit seperti
ini. Sedangkan sahabat-sahabat Baginda punya perasaan ini, apatahlagi kita yang
tidak pernah bertentang mata dengan Baginda SAW. Mereka mendapat didikan terus daripada
Rasulullah SAW.
Saya pun mula mencari dan meneliti
dengan lebih mendalam tentang penyakit ini. Apa yang saya dapati daripada
sumber yang pelbagai, sebab utama penyakit hasad dengki (phd) ialah kurangnya
taqwa dalam jiwa. Sesungguhnya hamba yang bertaqwa sentiasa mengajar dirinya
untuk redha dan qanaah dengan segala yang telah dikurniakan oleh Allah untuk
dirinya. Allah membahagikan rezeki-rezeki sebagaimana yang Dia kehendaki, dan member
sesiapa yang Dia kehendaki daripada kalangan hambaNya dengan rahmatNya dan
kebijaksanaanNya. Hati yang mengetahui haramnya hasad ini akan segera menahan
dirinya daripada hasad dan menghalang ia daripada menyakitinya.
Berikut ialah ubat-ubat yang boleh
digunakan untuk mengubati phd, in shaa Allah:
1- Meminta pertolongan daripada Allah
SWT dan bertawakal kepadaNya.
كما قال تعالى: {وعلى
الله فتوكلوا إن كنتم مؤمنين}[المائدة:23]
Marilah kita mencontohi Baginda
SAW, apabila sesuatu yang tidak baik menimpanya, Baginda segera meminta
daripada Rabbnya.
2- Mengenali hakikat
phd, ia merupakan perbuatan hati yang membawa kepada dosa yang besar dan orang
yang dengki adalah orang yang berpaling daripada hukum yang telah ditetapkan
oleh Allah, yang mana Allah telah tetapkan pemberiannya untuk hambaNya yang Ia
kehendaki.
كما قال
تعالى: {أم يحسدون الناس على ما آتاهم الله من فضله}[النساء:54[
3
- - Mengetahui phd
adalah sejenis kezaliman kepada diri sendiri dan orang yang didengkikan dengan
menyebabkan kemudharatan kepada orang tersebut, ia juga tanda tak sempurna iman.
كما قال صلى الله عليه وسلم: (لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب
لنفسه(
كما ثبت عن النبي صلى
الله عليه وسلم أنه قال: (اتقوا الظلم فإن الظلم ظلمات يوم القيامة(
Ketahuilah, hasad hanya
merosakkan diri sendiri, kerana hatinya sendiri yang akan sakit apabila melihat
orang lain lebih daripadanya, ditambah dengan murka Allah ke atasnya. Nauzubillah
min zalik..
4- (إذا
رأى أحدكم من أخيه ما يعجبه فليبرِّك عليه)
Mendoakan kebaikan den
keberkatan bagi orang yang didengkikan.
5- Menjauhkan hati
daripada memikirkan kelebihan yang dilihat pada orang lain, sebaliknya melihat
nikmat yang Allah kurniakan bagi dirinya sendiri dan bersyukur ke atsnya.
{ولا تمدنَّ عينيك إلى ما متعنا به أزواجًا منهم
زهرة الحياة الدنيا لنفتنهم فيه ورزق ربك خيرٌ وأبقى}[طه: 131[
6
-- Membantu orang
lain mendapatkan kebaikan. Perkara ini sangat bertentangan dengan phd, sekali
gus menghilangkan perasaan tersebut daripada hati. Allah menyukai orang yang
berbuat kebaikan sepertimana yang tercatat dalam Surah Ali Imran ayat 134 dan
An-Nahl ayat 128.
Rasulullah SAW bersabda,
)ثَلاَثٌ لاَ يَخْلُوْ مِنْهُنَّ أَحَدٌ : اَلْحَسَدُ , وَ الظَّنُّ ,
وَ الطِّيَرَةُ . أَفَلاَ اُنَبِّئُكُم بِالْمَخْرَجِ مِنْ ذَللِكَ : إذَا حَسَدْتَ
فَلاَ تَبْغِ وَ إذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقِ , وَ إذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ(
“Tiga perkara yang tidak akan terlepas seseorang daripadanya,
sifat dengki, prasangka buruk dan memandang sial terhadap sesuatu. Maukah
engkau kutunjukkan jalan keluarnya. Jika engkau mendengki, jangan melampaui
batas. Jika engkau berprasangka buruk, jangan engkau benarkan. Dan jika anda
merasa sial, maka teruskanlah.”
Wallahu a'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)