Tuesday, June 28, 2011

Iktikaf di RumahNya

Assalamualaikum…

Hari ini saya nak share satu ibadah dalam Islam dengan sahabat2 semua, sebabnya hari ini saya exam subjek fiqh, dan salah satu soalannya adalah berkenaan tajuk di ini, iaitu IKTIKAF…


Secara lughahnya, iktikaf diambil daripada perkataan a-ka-fa…yang bermaksud mengerjakan sesuatu secara lazim atau selalu.

Firman Allah Taala:

وأنتم عاكفون في المساجد)

187. ketika kamu sedang beriktikaf di masjid

Dan dari segi syara’ bermaksud berada di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah untuk mendekatkan diri kepadanya dengan niat iktikaf.

Ibadah iktikaf telah disyariatkan dan disebutkan di dalam Al-Quran, Sunnah Nabi SAW, dan juga ijma’ ulama’.

Firman Allah: (ولا تباشروهن وأنتم عاكفون في المساجد تلك حدود الله)

Daripada Aisyah R.A. berkata: ((Nabi SAW pernah beriktikaf pada hari sepuluh terakhir Ramadan sehingga Allah mewafatkan Baginda kemudian azwaj Baginda beriktikaf selepas Baginda))

Iktikaf ada 3 jenis:

1- Iktikaful fardi, iaitu iktikaf dengan niat nazar
2- Iktikafus sunnah, iaitu iktikaf yang secara sukarela dilakukan oleh muslim untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahalanya serta mengikut sunnah Rasulullah SAW.
3- Iktikaf mustahab, iaitu dilakukan pada bila2 waktu.

Syarat sah iktikaf

1- Niat
2- Tetap di dalam masjid walaupun beberapa minit
3- Iktikaf mesti di dalam masjid
4- Suci daripada haid, nifas atau janabah.

Syarat iktikaf

1- Islam
2- Akal
3- Mumayyiz
4- Suci daripada hadas besar

Adab iktikaf

1- Sunat melazimkan membaca Al-quran, zikir, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istighfar, selawat ke atas Nabi SAW, dan menuntut ilmu.
2- Disunatkan untuk tidak keluar dari iktikaf kecuali dengan sebarang hajat.

Dibolehkan untuk orang yang beriktikaf

1- Makan dan minum di dalam masjid
2- Bercakap perkara yang harus
3- Keluar dengan sebab hajat yang betul2 perlu
4- Cukur kepala, potong kuku, dan mandi
5- Pakai pakaian yang terbaik, dan memakai minyak wangi.

Beginilah serba sedikit maklumat yang dapat dikongsikan di sini. Diaharpkan dapat member manfaat kepada semua, lebih2 lagi ibadah iktikaf ini amat2 digalakkan di bulan Ramadan yang tak lama akan menjelang tiba.

-Yang terbaik daripadaNya

No comments:

Post a Comment