Showing posts with label Kuliahku. Show all posts
Showing posts with label Kuliahku. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Kecerdikan Seorang Nabi

Bismillah walhamdulillah...

Hari ini saya nak ceritakan kepada sahabat-sahabat saya sebuah kisah pada zaman Rasulullah SAW, yang telah disampaikan oleh guru Usul Fiqh kami di kuliah.

Pada satu hari, Rasulullah SAW makan bersama sahabat-sahabat baginda -ridhwanullah ke atas mereka-. Antara sahabat yang berada di situ ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Alkisahnya, setiap kali beliau memakan tamar, beliau meletakkan biji tamar yang dimakannya di bahagian Nabi SAW. Setelah habis makan, Saidina Abu Bakar menyatakan: "Orang yang paling banyak makan adalah orang yang di hadapannya paling banyak biji tamar." Orang yang dimaksudkan oleh Saidina Abu Bakar ialah baginda Nabi SAW. Rasulullah SAW dengan kecerdikan Baginda membalas: "Orang yang paling banyak makan ialah orang yang makan tamar dengan biji-bijinya sekali".

Rasulullah SAW juga bergurau senda dengan sahabat-sahabat Baginda yang dikasihi kerana Allah, tetapi Baginda tidak pernah menggunakan gurauan yang kasar mahupun berdusta.

Marilah kita muhasabah diri kita yang sememangnya telah melakukan khilaf yang amat banyak sepanjang hari ini. Kadang kala, kita bergurau dengan sahabat kita, mungkin gurauan itu disenangi, mungkin juga ada yang terasa, dan lebih-lebih lagi jika dia akan berburuk sangka dengan kita. HANYA dengan gurauan kita yang menyeronokkan bagi kita, tapi tidak bagi yang lain.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Celaka bagi sesiapa yang yang berkata-kata kemudian dia berdusta untuk membuatkan kaumnya ketawa, celakalah baginya, celakalah baginya".

Semoga kita dijauhi dan terhindar daripada menjadi orang yang disebutkan dalam hadis di atas. Dan semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa bercakap benar dan diredhai Allah Taala. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Wallhu a'lam.

Friday, September 28, 2012

Usrah = Daulah

Bismillahirrahmanirrahim...



Betul ke apa yang saya tulis di atas ni? Apa kena-mengena keluarga dengan negara? Mungkin ada yang tertanya-tanya dalam akal fikiran masing-masing. Ke saya seorang saja yang bertanya...

Kuliah bagi semester pertama tahun ini baru sahaja bermula. Kami diperkenalkan dengan madah (baca:subjek) yang akan diambil pada sem kali ini. Ada yang saya suka dan ada juga yang menggerunkan. Mana tidaknya, madah semakin berat dan perlukan fokus yang mantap. Masa mesti dibahagi se'profesional' yang mungkin supaya tak menyesal kemudian hari.

Dalam madah fiqh sem ini, kami belajar fiqh munakahat...seronok tak dengar?? =) Biasanya bila sebut nikah ke kahwin ke, mesti semua tersenyum. =D Kan, kan, kan...

Dr. 'Atiyyah Fayyadh adalah guru kami bagi kelas ini. Sebagai muqaddimah, Dr mulakan dengan pengenalan umum. Jauh pula saya melencong daripada tajuk asal, tak mula-mula lagi. Sabar ye.

Dr kata: Kebanyakan ulama fiqah meletakkan fiqh munakahat ataupun ahkamul usrah (hukum-hukum kekeluargaan) ini di bawah cabang ilmu fiqh ibadah dan bukannya di bawah fiqh muamalat. Kenapa? Bukankah pembentukan keluarga ini melibatkan hubungan (muamalat) antara manusia?

Jawapannya: Dalam Al-Quranul Kareem, terdapat banyak kalamuLLAH yang menerangkan tentang ahkamul usrah. Apa yang tercatat dalam Al-Quran merupakan hukum-hukum yang qat'iyyah (tetap) yang tiada percanggahan (khilaf) yang berlaku sesama ulama. Itu jugalah yang terdapat dalam fiqh ibadah. Sedangkan Al-Quran tidak menyebut fiqh muamalat sebanyak ia menyebut tentang fiqh ibadah. Oleh sebab itu, berlaku khilaf ulama dalam muamalat.

Betapa pentingnya kefahaman tentang keluarga sehingga banyaknya hukum yang Allah rekodkan dalam kalamNya yang agung sebagai pedoman buat hamba-hamba yang Dia kasihi.

Perkataan 'usrah' secara asasnya bermakna 'addir'u alhasinah' (baca dengan sad bukan sin) yang bermaksud perisai yang melindungi.

Lihatlah kalimah Arab yang 'simple' tapi punya maksud yang padat. Keluarga disamakan dengan perisai, yang akan melindungi dan memelihara si pejuang daripada ditetak, dilibas mahupun ditikam.

Dalam ahkamul usrah ini, kita akan mempelajari tentang cara mengatasi masalah kekeluargaan dan kaedah membentuk sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang, rahmat, mawaddah dan taqarub. Bagaimana membina sebuah keluarga yang teguh dan kukuh walaupun dilanda musibah dan masalah yang pelbagai, baik dari segi kewangan, pendidikan, mahupun akhlak serta disiplin.



Keluarga ibarat satu kelompok asasi dalam sesebuah negara. Ia ibarat sebuah bata yang digunakan untuk membina sebuah bangunan 'negara'. Jika elok bata tersebut, maka bangunan yang akan didirikan nanti juga elok dan kukuh.

Dr ada menyebutkan tentang statistik penceraian yang berlaku di Mesir. Sebanyak 45% pasangan yang berkahwin telah bercerai dan yang lebih membimbangkan lagi, 50% daripada jumlah tersebut adalah pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dalam masa setahun. Itulah realiti yang berlaku. Kebanyakan masalah yang timbul adalah disebabkan tiada persefahaman dan kedua-dua pasangan tidak mampu menyelesaikan konflik yang berlaku sesama mereka.

Oleh sebab itu, kefahaman yang jelas tentang kekeluargaan sama pentingnya dengan kefahaman dalam solat, puasa, haji dan zakat. Allah telah menetapkan kaedah yang terbaik dalam memimpin keluarga. Cuba bayangkan suami yang soleh akan memimpin isteri yang solehah. Isteri yang solehah akan melahirkan zuriat yang soleh. Boleh jadi mereka adalah pekerja yang akan mengendalikan kerja dengan jayanya. Syarikat akan mendapat pulangan yang baik hasil kerja tersebut. Seterusnya memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Seterusnya negara akan berkembang pesat dan akhirnya usrah yang kecil tadi akan membina sebuah daulah yang hebat rakyatnya dari pelbagai aspek dengan berlandaskan syariat Allah.

Itu baru satu keluarga. Jika semua keluarga memahami betapa pentingnya penekanan agama dalam rumah tangga mereka, sudah pastilah penceraian dapat dielakkan dan sebuah negara Islam yang dihuni oleh keluarga sakinah mampu terbentuk.

Wallahu a'lam.
       

Friday, July 15, 2011

Mausim at-Thaqafi Fil Azhar as-Syarif

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pada hari ini dapat saya kongsikan satu program yang dianjurkan oleh badan pengurus Kuliah Ulum Islamiah, yang terdiri daripada doktor2 profesional daripada kalangan keluarga Azhar sendiri. Pengerusi@rais mausim thaqafi ini adalah dekan@'amid kuliah ini iaitu Ust. Dr. Zakaria Abdul Majid An-Nuti.

Beliau adalah seorang yang cukup berkaliber dalam kerja2 yang diamanahkan, seorang yang ceria dan disayangi para pelajarnya, pernah mengajar di Arab Saudi dalam tempoh yang agak lama, dan pernah datang ke Malaysia untuk mengambil istifadah dalam bidang pengurusan kuliah yang sistematik di Malaysia. Ini adalah serba sedikit perihal beliau dan jika diceritakan mengenai pengalaman dalam bidang keilmuan, tidak mungkin mampu ditulis dalam satu muka surat helaian kertas. Kami pelajar Kuliah Ulum Islamiah berbangga dapat menuntut ilmu daripada beliau, di samping para masyaikh2 lain.

Tentatif program 13 Julai 2011:

10.00 pg : Ketibaan pelajar
Ketibaan tetamu kehormat
Ucapan pengerusi majlis (Saudara ... dari Sabah)
Bacaan ayat Al-Quran (Saudara Abdul Rahman)
Ucapan wakil pelajar (Saudari Nurul Nadirah)
11.00 pg : Ucapan Dr Zakaria An-Nuti
Ucapan Dr Fakhruddin bin Abdul Mu'ti (Duta Besar Malaysia di Mesir)
Ucapan Prof Dr Suaidi (Pegawai Education Malaysia Kaherah)
Ucapan Dr Yusuf Ibrahim (Pensyarah Kuliah Ulum Islamiah & Penaja tempat
Markaz Solah Kamil)
12.00 tgh hari: Bersurai@insiraf

Akan datang insyaAllah saya akan ringkaskan pesanan penting daripada doktor2 tadi.

Wallahu a'lam.